Tiga Hari Menjelang Syawal, Ini Luahan Ibu Adib Yang Buat Ramai Sebak

” Saya sebak, tak boleh nak cakap sebab setiap kali raya memang teringat arwh kerana dia suka sangat serunding ikan serta ketupat yang dibuat,” kata Asma Aziz, 52.

Asma adalah ibu kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim iaitu anggota bomba yang meninggI dnia dalam kejadian rusvhan di sebuah kuiI di Subang Jaya, Selangor, dua tahun lalu.

Menurut Asma, tahun ini, dia menyambut Aidilfitri ala kadar bersama suami, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, dan dua anak perempuan di rumah mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat Alor Setar.

Katanya, untuk anak sulungnya, Mohd Asyraf Mohd Kassim, 29, yang menetap di Kuala Lumpur, sudah menghantar ketupat sejuk beku, minggu lalu.

Adib selalu balik setiap kali raya

” Kami empat beranak cuma sambut biasa sahaja, raya pun tak meriah sangat tahun ini.

” Cuma sebak bila teringat arwh, dia selalu balik kalau ada cuti setiap kali raya,” katanya dalam nada sedih ketika ditemui semalam.

Semalam, pasangan suami isteri itu dikunjungi Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Syufa’at Kamaron pada program ziarah sempena Aidilfitri.

Syufa’at berkata, JBPM Kedah tidak pernah melupakan keluarga arwh Adib.

Beliau berkata, dengan lawatan dan sumbangan yang diberikan, ia diharap dapat mengeratkan lagi hubungan mereka.

Mahu pelaku dibawa ke muka pngadilan

Pada Disember 2018, beberapa hari selepas Adib meninggI dnia akibat ins1den itu, Asma turut meluahkan perasaan untuk melihat pelaku yang menyebabkan anaknya terbunvh.

” Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu… sampai bunvh anak saya,” luah Asma A

Ketika itu Asma berkata, besar harapannya sebagai seorang ibu untuk melihat individu tidak bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan sebagai pembelaan terhadap kem4tian anaknya itu.

Apabila waktu itu tiba nanti, Asma berkata, dirinya sendiri mahu melihat sendiri wajah individu yang tergamak meragvt ny4wa Muhammad Adib ketika anaknya itu sedang bertugas untuk negara.

” Saya nak depa (mereka) dibawa ke muka pengadilan. Apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan, ” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Alor Setar.

Dalam pada itu, pelantikan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara pada Mac lalu memberi harapan baharu buat keluarga Allahyrham Muhammad Adib Mohd Kassim bagi menuntut pembelaan atas kem4tiannya hampir dua tahun lalu.

Bapa arwh, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, berkata beliau mahu melihat pelaku yang membunvh anaknya ditngkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.

” Jangan buat seperti yang lepas, apabila dah tukar kerajaan dan Peguam Negara baharu ini, biarlah ada jalan baharu juga untuk keadilan,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL

Apa komen anda?