Lelaki Ini Berdebat Dgn Menteri Agama Isu Tongkat Khutbah,Jwapan Last Dr Zul Buat Dia Terdiam

Semalam heb0h dilaman media sosial apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi teguran berkenaan isu tongkat khutbah semasa hari raya tempoh hari.

Beliau menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak, sebagaimana yang tul4r di media sosial.

Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.

“Mengenai gambar yang tul4r itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.

“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keser1usan dan bukan menjadi bahan lawak.” tulis beliau.

Pendapat yang berbeza

Namun,lain pula pendapatnya dengan seorang lelaki ini yang tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr.Zulkifli dan mereka dilihat saling berbalas posting di laman twitter.

“Ni juga joyk1ller. Kita musim PKPB pun masih tak paham2 orang ada kekangan banyak benda.”

“Dia ingat suka2 kot orang ikhtiar macam2 nak bagi khutbah dan solat berjalan dengan sah?”tulisnya

Susulan daripada pertanyaan itu, Dr.Zulkifli telah mengulas dengan lebih lanjut kepada lelaki tersebut.

“Khutbah dan solat tetap sah tanpa tongkat. Jika ada kekangan untuk dapatkan tongkat, tidak perlu tongkat. Saya yakin kita sama-sama bersetuju bahawa matlamat khutbah adalah mesejnya, bukannya tongkat yang dijadikan bahan gurauan.”

Masih lagi tidak sependapat dengan Menteri Agama,lelaki tersebut meninggalkan komen sedemikian.

“Mereka tak gurau pun. Dah kebetulan itu je ada dan niatnya adalah untuk tongkat, sapa kita nak pertikai niat orang? Saya sendiri belit besi dengan kain semlam. Dan saya tak pikir benda tu lawak pun.Kalau anda pikir benda tu lawak tu masalah anda la.”

Saya tidak pertikai niat sesiapa,teguran saya umum

“Cuba baca semula tweet pertama saya. Saya tidak pertikai niat sesiapa. Ianya cuma nasihat umum. Ya, anda juga tidak tahu mereka bergurau atau tidak. Terima kasih atas keprihatinan.”

Elak beri fatwa perkara yang samar2

“Ya, jadi elak beri fatwa dalam perkara samar2. Orang pakai pendapat kita, kena fikir implikasi fatwa.

Kita berada dalam norma baru. Jadi pilih2 untuk respon. Bukan semua benda spt ni.

Anda menteri, bukan lagi mufi. Beri polisi kerajaan yang berimpak. Itu umat mahu.”

Fatwa diberikan pada hal yang samar

“Boleh rujuk definisi fatwa. Fatwa diberikan pada hal yg samar. Adapun dari sudut perundangan, ia hanyalah satu bentuk pandangan hukum, bukan fatwa. Polisi telah saya nyatakan sejak hari pertama. Jemput teliti semula. Untuk dokumen lengkap, insya-Allah dalam masa terdekat.”

Rata-rata netizen setuju dengan pendapat Menteri Agama.

Doktor tak perlu reply lagi, susah nak berdebat dengan orang b0**h

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Twitter / utusanrimbabara via Citermaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lelaki Ini Berdebat Dgn Menteri Agama Isu Tongkat Khutbah,Jwapan Last Dr Zul Buat Dia Terdiam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*