Lps halal jd isteri time PKP, suami heret tinggal dgn mertua. Rumah sedia ada, disewakan pula

Foto sekadar hiasan.

Tujuan aku tulis article ni bukan untuk mengai1bkan mana mana pihak. Sekadar luahan perasaan yang menghantui diri aku.

Nama aku Mawar (bukan nama sebenar), aku berusia pertengahan 20-an, wanita bekerjaya status kontrak di sebuah syarikat GLC di lembanh Klang.

Pendapatan aku setiap bulan sangat cukup untuk menyara diri aku seorang di ibu kota dan berbaki banyak apabila ditolak dengan peruntukan elaun ibu bapa aku di kampung.

Long story make it short, aku baru melangsungkan akad nikah awal PKP lalu. Semua kenduri terpaksa aku postponed gara gara c0v1id 19. Kisah aku sedikit sebanyak berkait jugak dengan c0vi1d.

Masa PM announced yang PKP bakal dilaksanakan seluruh keluarga aku gempak. Abah aku susah hati sebab persiapan telah dibuat memandangkan lagi 3 hari dari tarikh PKP akad dan majlis bakal berlangsung.

Setelah berbincang dengan kadi, kami sepakat adakan akad nikah dengan serba ringkas.

Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum aku menikah bakal suami aku tiba tiba maklumkan pada aku bahawa kami akan tinggal di rumah ibu bapanya setelah kami berkahwin.

Aku agak terkilan sebab sejak awal percintaan lagi dah aku maklumkan pada dia yang aku tidak bersetuju jika kami perlu hidup sebumbung dengan parents baik parents aku mahupun parents dia.

Aku agak terkejut dengan apa yang dikhabarkan pada aku sedangkan kami telah bersepakat soal ini.

Fyi, bakal suami aku datang dari family yang agak senang. Di daerah Seri Kembangan sahaja ada berbijik rumah.

Pada aku tiada salah kalau kami duduk di salah sebuah rumah sementara kami kumpul duit untuk beli rumah sendiri. Soal bulanan, aku akan pastikan bakal suami bayar amount yang sepatutnya kepada keluarga dia kerana telah ehsan beri kami tempat berteduh.

Konflik bermula setelah aku halal menjadi isterinya. Dia yang awal berjanji untuk sediakan kediaman privacy untuk kami akhirnya mengheret aku tinggal bersama ibu bapanya. Rumah yang asalnya untuk kami tinggal, disewakan.

Aku kecewa kerana dia mungkiri janji dia, dia seolah-olah sengaja menidakkan hak aku. Berkali kali aku memujuknya untuk menyewa di rumah lain sebab aku percaya pendapatan kami mencukupi untuk itu.

Alasan yang dia beri “nak kumpul duit untuk beli rumah sendiri”, setiap kali berbincang dia akan meninggikan suara dan mula gunakan kuasa vetonya.

Suami merupakan anak bongsu keluarga, dia anak mak walaupun dia tidak mengakuinya. Aku menjadi tidak selesa apabila kami tinggal bersama ibu bapa kerana semua perihal rumah tangga seolah olah di atur keluarga mertua.

Bab aurat juga menjadi 1su. Sayangnya suami rela melihat aku bertudung 24 jam tanpa fikirkan keselesaan aku. Belum cerita bab lain lain lagi.

Aku yakin pembaca yang sudah berkahwin pasti faham bagaimana payahnya seorang perempuan hidup bersama keluarga mertua.

Pada aku perkahwinan ialah tentang tolenrasi dan saling memahami tetapi sejak aku berkahwin aku dapat rasakan bibit bibit selfish dalam diri suami. Lebih menyedihkan bila aku ajak berbincang, dia akan mula pr0test dan tidur berasingan.

Aku dapatkan rasakan yang keluarga mertua belum sedia untuk melepaskan anak lelaki mereka.

Persoalan pada aku sekarang, mengapa nikahkan kami sedangkan mereka masih mahu mengatur serba serbi?

Ini bukan rungutan, sekadar mahu minta pandangan. Dalam keadaan aku tidak rela, adakah aku perlu terus memujuk suami atau biar sahaja rumah tangga diatur pihak ketiga?

Reaksi warganet

Erma Sobri –

Sebenarnya 1su yang paling besar kat sini adalah tak boleh bawa bincang. Duduk rumah mertua di awal perkahwinan takde laa perkara yang tervk sangat. Masa bercinta mesti dah boleh agak kan jenis yang boleh bawa bincang ke tidak. Ke macam mana?

Cik Padi –

Mengalah jer. Niat kerana Allah. Senang hidup nanti. Selagi ada tempat tinggal makan pakai yang cukup, alhamdulillah. Hidup untuk happy kan. Boleh buat buat happy. Buat tak happy jadi tak happy lah.

Suzanna Anna Medina –

Bukan nak menghasut. Tapi, ini lah hakikat perkahwinan. Sis, anggaplah inilah peluang. Peluang yang masyarakat tab00 nak sebut (cerrai). Sebelum terl4njur punya anak, lakukan sesuatu.

Dah banyak “red alert” tu. Perempuan yang m4lang adalah yang tersalah pilih suami. Harap puan faham.

Nur Hela –

Kalau ikut nasihat jah4t saya, saya cadangkan awak jadi ratu dalam rumah tu. Baju jangan sidai. Basuh basuh pastu cakap kat mertua, “Mak tolong sidaikan. Sekali sp3ender ye”.

Pinggan dah makan ko campak je dalamm sinki. Takpun biar berkulat atas meja tv. Masak ? Masak biar masin macam dalam filem P Ramlee tu.

Lama lama mak dia mesti bersuara. “Oiii Acu bila ko nak bawak bini kau ber4mbus dari sini. Berbulu mata mak dah ni… ”

Nur Mohd –

Situasi kita sama. Saya tinggal dengan mertua juga, suami pun anak bongsu. Alhamdulillah dah 4 tahun duduk dengan mertua. Sekarang dah anak sorang.

Sebenarnya depends dekat kita. Kunci dia ‘Sabar’ and ‘always P0sitive’. Jadikan mak mertua tu sebagai kawan. Hormat ayah mertua macam ayah sendiri. Dapat mertua baik pun rezeki juga.

Bagi saya, banyak kebaikan tinggal dengan mertua. At least korang pun boleh jaga diorang. Sekarang husband dah belikan rumah untuk kami, next year baru siap. Tapi saya pulak risau boleh ke kami nak duduk sendiri tanpa mertua nanti 😅haha.

Cece Aishah –

Bertegas dari sekarang. Bab duduk sendiri memang tiada kompromi. Cakap kat dia, habis PKP ni kalau tak pindah jugak, ko duduk la dengan mak bapak ko sampai tua mere3put.

Jangan bagi muka dengan laki macamni sis, dari awal kahwin you kena macamtu, jangan senang dipijak. Ingat laki je ke boleh pr0tes, bini tak boleh pr0tes?

Rumah mertua ai ada berlambak bilik pon kami tetap menyewa sendiri sebelum beli rumah. Adik dia yang single pon dah dewasa beli rumah sendiri tak dok dengan mak bapak, tapi kami still berjumpa setiap minggu, jemput dinner etc, somi ai pon anak mak. Lemau betui laki laguni, orang kawen ko pon nak kawen.

Amira Raihana –

Such a selfish guy. Menabur janji lepas tu last minute tukar plan. The heck jantan oiii.. TT pepandai laa plan pasal anak.

Seriously kalau ada anak nanti nak keluar dari hubungan t0ksi1k macam ni lagi akan banyak drama.

As u said, u muda lagi. Make sure u got ur right back before anything. And as u said, sebelum kahwin duit lebihan banyak lepas tolak komitmen apa semua. Means u are able to be independent. Tak perlu bergantung kepada jantan tak guna untuk kelangsungan hidup.

Korang lelaki kalau masih nak bergantung kepada keluarga lepas kahwin, tak reti nak bagi hak isteri, jangan gatal sangat nak ajak anak dara orang kahwin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Apple Hijau

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Lps halal jd isteri time PKP, suami heret tinggal dgn mertua. Rumah sedia ada, disewakan pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*