Rentas negeri dibenarkan semula mulai 1 Jun, tapi utk urusan ini sahaja

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan larngan perjalanan rentas negeri akan ditarik semula secara bersyarat.

Beliau berkata rentas negeri bagi urusan kerja, perub4tan dan kecem4san dibenarkan semula mulai 1 Jun.

Jelasnya, sebelum ini beliau mengumumkan larngan rentas negeri itu tetapi kini kerajaan memberikan sedikit kelonggaran.

“Bahawa perjalanan rentas negeri (sebelum ini) tak dibenarkan sama sekali.

“Walaubagaimanapun, mesyuarat jawatankuasa khas menteri yang bersidang hari ini memutuskan pertamanya, untuk beri kelonggoran seperti sebelum ini, rentas negeri dibolehkan jika kes-kes kecem4san seperti kemati1an dan kes perub4tan lain.

“Begitu juga urusan kerja, seperti ulang-alik dari rumah ke tempat kerja, kita juga benarkan. Contoh duduk di Seremban, kerja di Putrajaya,” katanya.

Pasangan suami isteri terpisah kerana PKP juga kini dibenarkan semula melakukan perjalanan rentas negeri mulai 1 Jun, maklum Ismail Sabri yang juga menteri pertahanan.

“Saya juga umum dulu, rentas negeri pasangan berpisah PKP. Dulu kita kata benarkan dan kita henti sebelum musim hari raya. Hari ini, ya larangan itu setuju ditarik balik.

“Maka pasangan suami isteri terpisah boleh melakukan perjalanan rentas negeri untuk jumpa pasangan masing-masing, keluarga dan lain-lain.

“Kelonggaran ini bermula pada 1 Jun,” jelas beliau.

Tak perlu tergesa-gesa ambil barang di asrama, kata Ismail Sabri

Penuntut yang cuba mendapatkan permohonan melakukan perjalanan rentas negeri bagi mengambil barang-barang mereka di asrama institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing tidak lagi perlu berbuat demikian, kata Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Menurut menteri pertahanan itu lagi arahan yang dikeluarkan IPT terbabit agar penuntut mereka mengosongkan asrama sudah dibatalkan.

“Saya dapat maklmat daripada kementerian (pengajian tinggi) bahawa arahan untuk kosongkan barang-barang dalam dorm (asrama) sudah dibatalkan.

“Jadi tak perlu tergesa-gesa untuk pulang ke kampus masing-masing bagi mengambil barangan mereka,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Ismail Sabri ditanya mengenai ada IPT yang mengarahkan penuntut masing-masing mengosongkan asrama. Arahan itu mendorong pelajar di IPT berkenaan membuat permohonan kepada polis bagi melakukan perjalanan rentas negeri.

Ismail Sabri tidak menamakan IPT berkenaan tetapi Malaysiakini difahamkan ia merupakan sebuah universiti awam di Lembah Kelang dan satu lagi di Pahang.

Ismail Sabri berkata perjalanan rentas negeri masih dilarang kecuali bagi kes kecemasan atau melibatkan pasangan suami isteri yang memang berada di lokasi berbeza kerana bertugas.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali untuk kes-kes kecemasan seperti kemati1an, saki1t dan kes suami isteri terpisah,” katanya.

Beliau juga berkata larangan perjalanan itu akan ditamatkan pada masa depan.

“Sampai masa kita akan benarkan, tapi buat masa ini tunggu dulu… bukan sekarang,” katanya.

Kebanyakan penuntut IPT sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak akhir April lalu dan Kementerian Pengajian Tinggi memutuskan proses pembelajaran akan dilakukan secara dalam talian bagi sehingga akhir tahun ini.

Oleh itu semua barang penuntut berkenaan akan terus berada di asrama atau tempat penginapan masing-masing tanpa ada sesiapa menjaganya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: TRENDINGSANGAT

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rentas negeri dibenarkan semula mulai 1 Jun, tapi utk urusan ini sahaja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*