“Geram je tau” Lan Solo Bikin Kec0h Dikec4m Netizen Disebabkan Hal Ini

TINDAKAN penyanyi Lan Solo memuat naik foto bersama isteri, Nur Sheila Hassim ketika berada di sebuah klinik dan menulis kapsyen memberi bayangan sedang berbadan dua mengund4ng salah faham dalam kalangan pengikut.

Menurut Sheila, 34, dia terkejuut apabila menerima banyak mesej daripada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan yang mengucapkan tahniah atas berita kehamilan itu.

“Ger4m je tau! Terkejut tiba-tiba ramai orang mesej termasuk famili di kampung ucap tahniah dan beritahu tak sangka saya ham1il lagi.

“Hairan juga kenapa banyak notification di laman sosial, rupa-rupanya ini semua kerja suami saya muat naik foto ketika kami di klinik.

“Tak fasal-fasal saya terpaksa jelaskan situasi sebenar dan men4fikan sedang hami1l. Semasa dia kongsi gambar itu, saya tak perasan sebab sibuk dengan beberapa urusan,” katanya kepada mStar.

Lan Solo tulis kapsyen beri bayangan isteri sedang hamil.

Pada Jumaat lalu, Lan menerusi Instagram memuat naik foto bersama isteri di sebuah klinik dan menulis kapsyen memohon peminat mendoakan yang baik untuk dirinya dan isteri.

Gara-gara itu, ramai membuat andaian mereka bakal menimang cahaya mata, lebih-lebih lagi klinik itu merupakan tempat isterinya melahirkan anak bongsu.

“Lama tak datang sini, terakhir semasa Xandra lahir je, jadi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lama sangat, rehat panjang kena la datang sini balik.

 

Masa nak bayar bil lepas itu dia ambil gambar saya diam-diam dan post di Instagram dengan kapsyen macam itu, dah ramai percaya ingat saya betul-betul hamil.

SHEILA

ISTERI LAN SOLO

“Doa jela yang baik-baik ya. Love you mommy!,” tulisnya.

Sementara itu, Sheila memberitahu dia ke klinik berkenaan kerana ingin menjalani pemeriksaan kesihatan untuk wanita.

“Saya ke klinik untuk buat pemeriksaan pap smear… memandangkan Xandra dah dua tahun jadi kena buat normal check up.

Lan bersama isteri dan empat anak mereka.

“Lan masuk klinik masa nak bayar bil lepas itu dia ambil gambar saya diam-diam dan post di Instagram dengan kapsyen macam itu, itu yang ramai percaya ingat saya betul-betul hamil.

“Buat masa ini belum bersedia lagi tambah anak… memandangkan Xandra perlukan perhatian lebih, jadi kita tunggulah dia besar dulu tapi andai diberi rezeki anak lagi, kami terima sahaja,” ujarnya.

Sheila dan Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 35, berkahwin pada 6 Disember 2009.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Geram je tau” Lan Solo Bikin Kec0h Dikec4m Netizen Disebabkan Hal Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*