Selepas Hubungan Putus, Mimi Lana Dedah Sikapnya Dengan Syafiq Kyle

PELAKON Mimi Lana mengakui masih berkawan baik dengan bekas kekasihnya, Syafiq Kyle walaupun hubungan cinta mereka sudah putus sejak sebulan lalu.

Mimi berkata, dia dan Syafiq akan terus bersikap profesional dalam kerjaya.

“Tak semestinya kalau sudah putus kena gaduh. Lagipun kami sudah berkawan dan hubungan kami sudah berlangsung lima tahun. Apa yang terjadi saya anggap tiada jodoh. Ia lebih kepada tiada persefahaman,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I’m bored in the house and I’m in the house bored . Did my makeup and still bored 🎶

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Menurut Mimi, dia reda dengan apa yang berlaku dan masing-masing boleh fokus dengan kehidupan sendiri.

“Kami masih boleh bekerjasama dan bersikap profesional. Tiada apa yang menghalang. Kehidupan perlu diteruskan saya reda. Paling penting sekarang saya kena fokus pada diri sendiri, kerjaya dan perkara lain.

“Mungkin dalam waktu terdekat bukan masa sesuai untuk saya berfikir soal hubungan baru. Biarlah masa menentukan. Kalau ada jodoh tak ke mana,” katanya.

Terdahulu, Mimi mengesahkan sudah putus cinta dengan Syafiq sejak sebulan lalu selepas lima tahun bercinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Well, hello June 😊

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : HMetro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Hubungan Putus, Mimi Lana Dedah Sikapnya Dengan Syafiq Kyle"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*