Khatijah ded4h pvnca sebenar Pierre Andre menghilang dalam industri

Meskipun Pierre Andre tidak pernah meluahkan kekecewaan terhadap dunia seni, tetapi Khatijah Tan seakan dapat merasakan ada sesuatu yang tersimpan dalam diri anak sulungnya itu.

Khatijah yang juga pelakon itu berkata, Pierre seorang yang kurang gemar berkongsi cerita dan kini sukakan kehidupan ‘low profile’ pada masa ini.

“Saya pernah bertanya apakah dia merajuk dengan industri seni. Namun, Pierre menafikannya.

“Tapi saya tahu, dia masih sayangkan bidang perfileman. Setiap kali pulang ke Ipoh, kami akan meluangkan masa menonton filem antarabangsa,” katanya seperti dipetik BH Online.

Katanya lagi, Pierre menerima banyak tawaran termasuk mengarah dan menulis skrip tetapi hati anaknya itu belum terbuka untuk kembali bergiat dalam dunia seni.

“Pierre selesa dengan kehidupan bersama isteri dan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun.

“Mereka masih menetap di Kuala Lumpur dan Pierre sibuk menguruskan perniagaan atas talian,” katanya lagi.

Lelaki berusia 35 tahun mula mencipta nama selepas memegang watak Reza dalam filem Gol & Gincu pada 2005.

Selepas itu dia terus membina nama dalam filem seperti Jangan Pandang Belakang dan Dunia Baru the Movie.

Bagaimanapun, selepas mengarahkan filem Kecoh Primadona Kena Hantu – yang turut menampilkan Khatijah – dia dilihat perlahan-lahan berundur dari dunia seni.

Malah dia juga tidak aktif di laman sosial, menyebabkan ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya pelakon dan pengarah itu.

Khatijah bagaimanapun berkata, Pierre masih menunjukkan minat dalam bidang pengarahan apabila seseklai menghasilkan filem pendek untuk disiarkan di saluran YouTube Andre Brothers.

Katanya, antara filem pendek pernah dihasilkan Pierre berjudul Loceng yang menampilkan mereka sekeluarga termasuk adik, Mikail Andre.

Bagaimanapun, Khatijah berkata Andre Brothers diwujudkan sekadar suka-suka dan bukan bertujuan meraih keuntungan.

Melihat kepada minatnya itu, Khatijah berkata pernah memberi cadangan kepada anaknya agar meneruskan kerja pengarahan tetapi Pierre berkata masih belum tiba masanya.

“Saya rasa ada perkara yang membuatkan dia kecewa tapi dia tak mahu luahkan. Tapi sebagai seorang ibu, saya dapat merasakan dia kecewa.

“Dia mengundur diri bukan sebab merajuk dengan sesiapa. Dia kecewa kerana tidak berjaya memberi sesuatu kepada industri.

“Paling dia kecewa melihat nasib rakan-rakan di belakang tabir yang tidak menerima bayaran setimpal. Pierre pernah beritahu, dia kasihan dengan mereka kerana kerja di sebalik tabir tampak glamor, tetapi hakikatnya mereka hidup ‘kais pagi makan pagi’,” katanya lagi.

Pierre Andre yang dilahirkan pada 17 Mac 1985 adalah seorang pelakon, pengarah dan penulis serta anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan. Pierre banyak membintangi serta mengarah filem dan drama dan pernah memenangi Anugerah Yasmin Ahmad di Anugerah Skrin 2012.

Filem Primadona Kena Hantu yang ditayangkan pada 13 Oktober 2016 adalah filem komedi seram Malaysia terakhir arahan Pierre Andre sebelum membuat keputusan untuk bersara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Trending Sangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Khatijah ded4h pvnca sebenar Pierre Andre menghilang dalam industri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*