Selepas Ahmad Idham Dilantik Semula Menjadi CEO Finas, Zed Zaidi Bagi Kata-Kata Pedas Buat Ahmad Idham

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyambut baik pelantikan semula Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Jumaat lalu.

Menerusi laman Instagram, Zed atau nama sebenar Rozaidi Jamil mengucapkan tahniah kepada Ahmad Idham dan berharap pengarah itu belajar daripada kesilapan lalu.

“Tahniah my bro Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO Finas. Satu sahaja yang saya nak pesan belajar daripada kesilapan lepas.

“Kena faham mana kawan, mana lawan dan yang paling penting jangan mer0yan!

“Belanja makan durian tak apa sebab dah musim,” tulis Zed di laman tersebut pada Sabtu.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan Finas mengumumkan pelantikan semula Ahmad Idham sebagai CEO agensi itu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 5 Jun hingga 6 Jun 2022.

Pada 9 Disember tahun lalu, permohonan Ahmad Idham untuk menamatkan perkhidmatannya setahun lebih awal iaitu pada 10 Mac lalu atas sebab peribadi diluluskan agensi berkenaan.

Justeru itu, Zed meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Finas meluluskan permohonan tersebut tanpa merujuk kepada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo terlebih dulu.

Ahmad Idham bersama bekas Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac.

Zed mend4kwa ada pihak berkepentingan cuba campur tangan dalam bidang tugas Ahmad Idham sebagai CEO.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MSTAR ONLINE via HMTPRESS

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Ahmad Idham Dilantik Semula Menjadi CEO Finas, Zed Zaidi Bagi Kata-Kata Pedas Buat Ahmad Idham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*