Setelah dikurniakan cahaya mata pertama pada tahun 2018, Jep Sepahtu dan Sari Yanti selamat menimang anak kedua mereka. Nampaknya cukup sepasangan cahaya mata pasangan ini selepas Jep Sepahtu menerusi laman Instagram mendedahkan isterinya itu melahirkan baby boy.
Anak pertama diberi nama Dariya Inara, pasangan yang berkahwin pada 2017 ini belum lagi mendedahkan nama anak mereka namun Jep sebentar tadi menerusi Instagram berkongsikan sekeping foto anaknya yang difahamkan dilahirkan kelmarin.
“Subhanallah. Alhamdulillah… Allahuakbar. Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita.” Tulis Jep disamping menulis hashtag 662020 dan babyy boy.
Sebelum ini, selepas hamiql beberapa bulan Sari Yanti mendedahkan dia hamiql anak kedua dan ternyata bulan ini mereka selamat dikurniakan cahaya mata lelaki pula.
Dalam pada masa yang sama, diruangan komen perkongsian Jep bersama sekeping foto berkenaan menerima ribuan tanda suka dan reaksi ramai yang turut tumpang gembira dengan kehadiran baru dalam keluarga mereka.
View this post on InstagramMentang-mentang esok dah boleh korek hidung.. Tak nyempat-nyempat 😂😘 @dariyainaraofficial #anakabah
Beberapa hari lalu, Tomok juga selamat menerima cahaya mata perempuan setelah dikurniakan dua orang anak lelaki. Dalam pada masa yang sama, pasangan selebriti Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa juga dikurniakan cahaya mata sulung mereka.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : HCL
Be the first to comment on "[GAMBAR] “Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita”- Jep timang baby boy…"