Dah Tiba Masanya! YouTuber Pavithra Dedah Punca Sebenar Suaminya Berani Untuk Berhenti Kerja

Teknologi telah membawa perubahan besar dalam lanskap kehidupan manusia dewasa kini. Dunia di hujung jari telah memudahkan pengguna mencari hiburan mengikut kesesuaian diri dan juga kehendak.

Antara yang sering menjadi tumpuan adalah media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram,YouTube dan banyak lagi. Bagi yang tidak tahu, platform-platfrom ini sebenarnya mampu untuk menjana pendapatan.

YouTube adalah platform paling terkenal untuk menghasilkan duit. Dapat dilihat kini semakin ramai anak muda menanam minat untuk berkecimpung sebagai penghasil konten atau lebih dikenali sebagai YouTuber.

SUGU PAVITHRA DIANGKAT IKON MASYARAKAT

Antara individu yang menjadi fenomena luar biasa sebagai YouTuber adalah Sugu dan Pavithra. Pasangan suami isteri ini pada mulanya tidak menjangkakan nasib mereka bakal berubah hanya dengan memuat naik video perkongsian masakan.

Siapa tahu akhirnya nama mereka berdua semakin disebut-sebut oleh masyarakat Malaysia. Sering kali menerima pujian sehinggakan mereka diangkat sebagai duta perpaduan dan juga ikon masyarakat.

Biar pun begitu, Sugu dan Pavithra bersikap rendah diri dan tidak menganggap mereka layak untuk menerima anugerah sedemikian. Jelas mereka, kehidupan mereka masih belum sempurna dan banyak perkara lagi yang perlu dipelajari.

SUGU BERHENTI KERJA, MAHU FOKUS PADA YOUTUBE

Berikutan semakin menjadi perhatian, ramai netizen mula mengkaji jumlah pendapatan yang diraih oleh YouTuber masakan ini. Tidak berahsia, malah Pavithra sendiri mendedahkan angka sebenar yang dibayar oleh pihak Google Adsense bagi setiap video yang dimuat naik.

Dalam perkembangan terbaru, difahamkan Sugu telah mengambil keputusan untuk berhenti dari kerja tetapnya dan fokus kini pada penghasilan video yang lebih baik lagi pada saluran YouTube mereka kelak.

KERAP AMBIL CUTI SEBELUM INI

Sebelum ini, dia yang bekerja di ladang kelapa sawit kerap kali mengambil cuti semata-mata untuk membantu isteri merakam video. Jadi sudah tiba masanya untuk dia tampil fokus dan tingkatkan lagi pelanggan untuk menonton video mereka.

Saban hari, pengikut (subscriber) YouTube mereka semakin bertambah. Ini antara salah satu faktor pemangkin semangat untuk keduanya menjadi YouTuber yang lebih baik. Tambahan pula, pendapatan yang dibayar juga lebih baik berbanding sebelumnya.

Meski pun berbangsa India, medium Bahasa Melayu diguna sebagai Bahasa perantaraan menjadikan Sugu Pavithra unik berbanding YouTuber masakan yang lain. Penyampaian yang lebih sopan dan jujur membuatkan ramai mula minat menonton perkongsian mereka.

Apa pun keputusan yang diambil, penulis doakan semoga maju jaya buat Sugu dan juga Pavithra dalam dunia baru yang diceburi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: INFOMEECKS

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dah Tiba Masanya! YouTuber Pavithra Dedah Punca Sebenar Suaminya Berani Untuk Berhenti Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*