Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan dia pernah ditertawakan hanya kerana memandu kereta Proton Satria.
Namun Zarina tidak mempedulikan tohmahan tersebut sebaliknya mengakui ia merupakan satu-satunya kereta kegemarannya hingga kini.
“Kaya macam mana pun aku takkan tinggalkan satria aku ni. Nak tukar colour sat .
“Bila Anju (Zarina) pandu kereta ini orang gelakkan Anju “eee artis bawak satria je”
“Tapi pada saya kereta ini seperti bayi saya. Ada je kereta lain but saya susah senang dengan kereta ni dulu. Malu? Jauh sekali….” tulisnya.
Zarina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Zarina memuat naik foto kereta tersebut yang hendak dicat.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengec4m pihak yang telah mentertawakannya.
Malah memuji sikap rendah diri Zarina yang tidak cepat melupakan asal-usulnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“eee artis bawak satria je” Zarina Anjoulie Dedah Pernah Ditertawakan Kerana Pandu Kereta Lama"