PENYANYI terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berharap kemudahan kewangan berjumlah RM225 juta bagi menjana semula industri kreatif dan hiburan negara memberi manfaat kepada semua pihak terbabit.
Siti, 41, yang kini popular menerusi lagu Basyirah berkata, peruntukan itu bagi memudahkan golongan seni kreatif melihat peluang yang ada untuk mereka.
“Apa sahaja yang memberikan kemudahan, peluang dan kebaikan kepada industri, tentulah perkara ini dialu-alukan. Skop industri kreatif dan hiburan itu sangat luas dan banyak cabangnya. Semoga semua pihak yang terbabit di dalam industri mendapat manfaatnya.
“Bagi saya, peruntukan seperti ini ada prosesnya dan siapa yang layak melepasi proses dan kriteria itu pasti layak. Barangkali tidak ramai yang tahu caranya tetapi apabila dinyatakan nama syarikat swasta dan sebagainya yang dilantik, ini memudahkan golongan seni kreatif melihat apakah peluang ada untuk mereka,” katanya.
Pengumuman dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mana program itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyCreative Ventures dan swasta menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, pada Jumaat lalu.
Sementara itu, ditanya mengenai aktiviti penyanyi sepertinya seperti persembahan pentas, Siti akur apabila perkara itu masih belum dibenarkan biarpun kerajaan sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak semalam.
“Banyak kelonggaran sudah diberikan dan pekerja industri juga sudah boleh memulakan kerja tetapi masih mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Namun, tidak semua kerja dalam bidang seni boleh dilakukan kerana berkumpul atau himpunan ramai masih tidak dibenarkan seperti persembahan dan konsert yang membabitkan penonton atau orang ramai.
“Kita akur kerana walaupun PKPP tetapi rakyat Malaysia harus benar-benar meraih kemenangan terlebih dahulu,” katanya.
KOMEN NETIZEN :
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Harian Metro
Be the first to comment on "DS Siti Nurhaliza Luah Tidak Dibenarkan Menyanyi, Sekali Kena Kec4m Dengan Netizen"