Amyza gagal jawab sam4n Zarina Anjoulie, ini yg akan berlaku mengeejutkan ramai pihak

PELAKON dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul memfailkan permohonan, supaya Mahk4mah Tinggi di Kuala Lumpur memasukkan penghakiman terhadap rakan seperjuangannya Amyza Aznan, yang sehingga kini gagal menjawab sam4n fitn4h bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM3 juta.

Sam4n itu adalah berhubung kenyataan Amyza atau nama sebenarnya Azizah @ Amyza Aznan, 46, yang didakwa menggunakan kata-kata kes4t, memfitn4h, dan mem4lukan Zarina Anjoulie, apabila beliau (Zarina Anjoulie) menyel4r perbuatan artis tempatan, memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan berikutan wab4k COV1ID-19.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Zarina Anjoulie berkata, anak guamnya memfailkan permohonan itu pada 3 Jun lepas, berikutan Amyza gagal memasukkan kehadiran sejak sam4n berkenaan difailkan pada 23 April lepas.

“Sam4n itu telah diserahkan kepada Amyza pada 24 April lepas, dan ia turut diserahkan sekali lagi kepadanya melalui pos pada 28 April. Sehingga kini, Amyza tidak memasukkan kehadiran, bagi menjawab sam4n dan ini menyebabkan proses tuntutan sam4n itu tertangguh,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes secara e-review, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli, hari ini.

Peguam itu berkata, mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pendengaran dan keputusan permohonan itu di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.

Dalam sam4n difailkan pada 23 April lepas, Zarina Anjoulie, 34, selaku plaintif, mendakwa selepas pengumuman kerajaan berhubung BPN kepada rakyat dalam golongan B40 dan M40 yang berpendapatan sebulan RM8,000 ke bawah, sebahagian daripada golongan artis tempatan turut menyuarakanpendapat mereka, dan menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu memberikan satu ‘bantuan khusus’ bagi mereka atau penggiat seni negara.

Zarina Anjoulie yang juga seorang usahawan mendakwa, beliau telah memuat naik video di laman sosial Instagramnya pada 28 Mac lalu, yang secara umum menyatakan bahawa ‘bantuan khusus’ itu adalah tidak perlu dan hanya golongan artis yang layak, boleh memohon BPN seperti rakyat lain.

Mengikut penyataan tuntutan itu, plaintif turut menyuarakan pendapat bahawa golongan artis yang berkemampuan seharusnya sedar, mereka adalah golongan yang sepatutnya mempunyai wang simpanan mencukupi, untuk menyara diri mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), disebabkan krisis Covi1d-19, malah berpeluang untuk turut sama membantu rakyat yang terjejas, oleh krisis tersebut.

Dakwanya, pada 29 Mac lepas satu kumpulan dikenali sebagai ‘BANTUAN COV1ID-SENI 2020’ ditubuhkan menggunakan aplikasi pesanan ringkas Telegram, bagi membincangkan mengenai bantuan Covi1d-19 kepada artis tempatan, dan kumpulan itu mempunyai sekurang-kurangnya 819 ahli terdiri daripada penggiat seni termasuk Amyza.

Plaintif mendakwa melalui kumpulan itu, Amyza mengeluarkan kenyataan fitn4h terhadapnya, menyebabkan ramai ahli kumpulan berkenaan turut dipengaruhi oleh fitn4h itu, selain mendakwa defendan juga telah mengeluarkan kenyataan memfitn4h di Instagram miliknya untuk paparan umum, yang dimuat naik April lalu.

Dakwanya, kenyataan-kenyataan fitn4h itu antara lain membawa maksud bahawa, plaintif seorang yang berperangai burvk, tidak bertanggungjawab, dan sering menabur fitn4h terhadap artis-artis lain, dan akibat kenyataan itu, beliau mengalami kemurvngan kerana dim4lukan dan reputasinya turut tercalar.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah, permohonan maaf daripada defendan, dan defendan juga dihalang daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan memfitn4h, mem4lukan, atau menjatuhkan reputasi plaintif, pada masa akan datang, kos serta relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : HMETRO

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Amyza gagal jawab sam4n Zarina Anjoulie, ini yg akan berlaku mengeejutkan ramai pihak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*