“Kenapa industri kami dianaktirikan..” lama berdiam akhirnya Mila Jirin mula bersuara, siap tag nama PM

”Kami pengusaha industri perkahwinan komersial dibiar tanpa perhatian pihak kerajaan!”

Demikian perkongsian penyanyi Mila Jirin di Instagram beliau yang mengundang simpati ramai. Ia susulan nasib yang menimpa pengusaha industri perkahwinan yang terpaksa menanggung kerugian akibat pandemi1k COVlD-19.

Mila yang mewakili ribuan pengusaha lain merayu agar kerajaan membenarkan semula mereka beroperasi, sebagaimana industri lain yang sudah diberikan kelonggaran.

” Kami bukan minta dana, tapi kami minta untuk berniaga semula dan memulakan operasi sama seperti industri-industri lain yang telah dibenarkan.

” Kami yang sedang merayu pihak kerajaan untuk memandang SOP untuk industri perkahwinan komersial tidak dipandang! Kami juga rakyat. Kami cuma mahu memulakan perniagaan kami mengikut SOP dalam norma baharu.

” Saya bersama sama hampir 10,000 pengusaha perkahwinan (Malay, Chinese & Indian) lain sangat kesal dan sedih kerana tiada apa apa perbincangan bersama sama kami dibuat, malah setiap surat, email SOP yang dihantar tiada perhatian.

” Semua majlis terpaksa dibatalkan atas arahan kerajaan bukan atas kehendak kami pengusaha industri perkahwinan. Perniagaan kami terpaksa menutup operasi sementara atas arahan kerajaan bukan atas kehendak kami.

” Untul majlis majlis pada bulan Mac, April dan Mei kebanyakkannya persiapan sudah dilakukan. Dan setiap persiapan akan ada kos kos yang terlibat dalam menguruskan majlis tersebut.

Selain itu, Mila turut meminta pihak kerajaan agar memberi ruang buat kepada mereka untuk membentangkan apakah masalah yang sedang dihadapi.

Kenapa industri kami dianak tirikan?

” Jika industri perhotelan boleh diberi kelonggaran untuk mengadakan seminar/ event 50% kapasiti dari sebelum ini, kenapa industri kami dianak tirikan???

” Kami adalah pengusaha perkahwinan komersial. Central Kitchen yang menyediakan makanan mengikut SOP, SOP untuk Dewan Perkahwinan juga sudah diusulkan tetapi tidak diberi perhatian.

” Apa yang pihak kerajaan ingin kami lakukan?? Membuat bayaran balik kepada semua pelanggan, berhentikan semua pekerja dan terus tutup operasi perniagaan kami??

” Pihak kami menanggung kos sewaan, kos pekerja, kos operasi tanpa sebarang revenue dan kini pihak kerajaan bukan cuba untuk membantu tetapi memberi lebih tekanan buat kami.

” Saya mewakili ribuan pengusaha industri perkahwinan sangat kesal dan sedih perngusaha industri perkahwinan seperti kami tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

” Saya merayu Tan Sri Muhyiddin Yassin_official & Dato Sri Ismail Sabri beri kami peluang untuk bentangkan SOP dan benarkan kami beroperasi semula.” akhiri Mila

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: asia kini

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kenapa industri kami dianaktirikan..” lama berdiam akhirnya Mila Jirin mula bersuara, siap tag nama PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*