Tunang Kata Macam Tak Pernah Putus Tunang, Sekali Ini Pendedahan Intan Najuwa Pula Yg Ramai Tak Percaya

“Kalau ada jodoh, adalah.” Itu kata pelakon popular, Intan Najuwa yang sekali gus mengesahkan gambar bahu lelaki yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini, ialah bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39.

Memetik Harian Metro, bintang berusia 23 tahun itu menjelaskan selepas melalui fasa putus pada Februari lalu, hubungannya dengan Razrul tetap baik.

Malah, Intan turut menyifatkan dia dan Razrul kini mahu menjalani kehidupan dengan lebih matang.

“Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Intan Najuwa, 22 🇲🇾 (@intannajuwa) on

“Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari.

“Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan ‘follow the flow’. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang.

“Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergaduh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja,” kata pelakon Setelah Kudimiliki ini seperti dipetik.

“Saya memuat naik gambar itu bukan bertujuan untuk buat kontr0versi pun. Ia sekadar ‘posting’ (hantaran) suka-suka.

“Mohon doakan yang baik-baik buat kami,” katanya lagi.

Intan sebelum ini mendapat perhatian peminat selepas mengesahkan dia putus tunang dengan lelaki berkenaan selepas mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Intan kini sibuk menjalani penggambaran drama Pink Smile bagi slot Lestary, TV3.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My kesayangan & orang kuat dibalik tabir @dicohaircare ❤️ Sayang sangat-sangat semua ni 🥰 We are expanding and looking for Copywriter & Sales Team. Daripada duk kecam-kecam i & duk cakap i dah tak ada duit, lebih baik try hantar resume kat i. Mana tahu rezeki korang 😘 oh nak hantar resume kat sini dicohaircare@yahoo.com 😁

A post shared by Intan Najuwa, 22 🇲🇾 (@intannajuwa) on

rRazrul, 38, ketika dihubungi mStar pada Isnin seakan-akan memberi gambaran bahawa hubungan dia dengan Intan tidak pernah putus dan sentiasa baik sahaja.

STATUS hubungan Intan Najuwa dan Razrul Anwar Rusli kembali menjadi perbualan netizen apabila aktres itu berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut.

Kecoh Gara2 Foto Bersandar Dibahu

Menerusi ruang komen di Instagram, rata-rata netizen berminat untuk mengetahui status terkini hubungan mereka yang sebelum ini dilaporkan sudah berakhir.

Razrul, 38, ketika dihubungi mStar pada Isnin seakan-akan memberi gambaran bahawa hubungan dia dengan Intan tidak pernah putus dan sentiasa baik sahaja.

Netizen gembira melihat pasangan ini kembali bersama.

“Kami sentiasa baik-baik sahaja. Terima kasih,” jawab Razrul secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan dan kenyataan daripada pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kekasih P4ksa Rela itu gagal apabila aktres berkenaan tidak membalas mesej.

Menerusi laporan mStar pada 26 Februari lalu, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Razrul sudah berakhir.

Menurut Intan, dia menganggap tiada jodoh antara mereka dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Intan Najuwa, 22 🇲🇾 (@intannajuwa) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Media Hiburan, mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tunang Kata Macam Tak Pernah Putus Tunang, Sekali Ini Pendedahan Intan Najuwa Pula Yg Ramai Tak Percaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*