Pelakon Intan Najuwa, 23, tampil memberi jawapan atas d4kwaan netizen yang menyatakan dia hanya memilih untuk mengenali lelaki yang kaya dengan wang ringgit.
Nama pelakon ini mula menjadi tumpuan warganet selepas menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39, yang juga merupakan bekas tunangnya.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Intan menerima dan menjawab soalan tersebut di Instagram (IG) menerusi ruangan soalan ‘ask me a question’.
“Apa pendapat awak bila orang cakap awak g0ld digger nak lelaki kaya je,” tanya seorang netizen.
Menjawab soalan terbabit, pelakon drama Hantu Punya Bos itu memberikan jawapan yang sangat matang!
“Konsepnya mudah. Awak takde duit, lelaki yang berduit pun taknak kat awak. Depa tak pandang pun.
“Awak pemalas jadi elok la dapat lelaki pemalas juga. Jangan berangan.
“Sebab tu bila ada orang cakap saya golddigger, saya ketawa je,” kata Intan.
Pada bulan Februari lalu, Intan membuat pengakuan tentang ikatan pertunangan bersama Razrul sudah terler4i.
Terdahulu, Intan dan Razrul melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Johor Bahru.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak
Be the first to comment on "Padu! Ini Jawapan Intan Najuwa Selepas Digelar ‘G0ld Digger’ Oleh Netiizen"