Gembira mendengar perkembangan baharu pasangan viral Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida yang sudah berbaik semula. Dalam pada itu sempat juga bertanyakan kepada DS Shahida tentang suaminya. Apabila diajukan pertanyaan jika Dato’ Seri Aliff Syukri bukan disleksia agaknya adakah beliau berjaya seperti sekarang? “Saya rasa tak.
Sebab pesak1it disleksia ni kan luar biasa dan sering berfikiran di luar kotak. Mungkin itu rezeki Dato’ sebabnya beliau sekolah memang tak pandai. Dato’ boleh membaca ketika darjah 4 dan pernah masuk kelas peralihan waktu tu. Siapa sangka dia berjaya seperti sekarang.
Anak saya, Qadejah (Qadejah El Zahra) jugak disleksia. Pada mulanya kami tak tahu pun dia ada disleksia. Saya hantar dia ke sebuah tadika waktu tu, saya perasan dia suka pakai kasut terbalik.
Tapi masa tu saya fikir mungkin sebab dia kecil lagi. Apabila Qadejah berusia 6 tahun dan nak masuk darjah 1 keputusan peperiksaannya teruk sangat. Ini kerana dia tak boleh jawab soalan periksa langsung. Tulis terbalik-terbalik dan nama sendiri tak tulis dengan betul.
Cikgu bagitahu Qadejah mempunyai simptom disleksia sebab tak boleh fokus dalam pelajaran dan selalu main dalm kelas. Masa tu saya tak tahu apa itu disleksia. Cikgu tersebut sarankan buat ujian saringan. Bila dah buat test memang betul dia ada disleksia. Qadejah ni lebih kepada seni dan keistimewaan Qadejah adalah suka melukis apa yang orang tak fikir pun nak lukis.
Saya ambil cikgu khas untuk latihan otaknya (brain gym). Bila saya tengok dia penat akhirnya saya ambil cikgu datang rumah. Cara pembelajaran mereka tak sama macam anak-anak biasa,” terang DS Shahida.
Ketika ditanya tentang hala tuju pendidikan anak-anaknya, jawabnya sambil tersenyum, “Memang saya mahu anak-anak mewarisi perniagaan tapi saya tak paksa kalau tak minat. Macam anak saya yang sulung memang nampak dia minat berniaga. Dia sangat adore dengan ayah dia. Saya pentingkan akhlak anak-anak bukan kepada sijil,” katanya.
Memiliki empayar perniagaan yang gah dan juga anak-anak yang sedang membesar sudah tentu Datin Seri Nur Shahida tidak cukup tangan untuk mengimbangi tugas sebagai seorang isteri, ibu dan majikan. Bagaimana agaknya wanita yang lemah-lembut ini meredakan tekanan atau stres?
“Stres saya akan hilang bila saya menghabiskan masa dengan anak-anak. Melihat mereka membesar dan melayan ragam anak-anak sudah cukup menghiburkan saya. Kalau ada masa, kami sekeluarga akan keluar bercuti,” bicara Datin Sri Shahida mengakhiri perbualan.
Foto: Instagram @shahidadherbs
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Nona.my
Be the first to comment on "Diuji Anak Disleksia, DS Shahida Dedah Kisah Keluarga Yg Ramai Tak Tahu"