Terkejut Fasha Sandha Tiba2 Pavithra Hubungi Dia. Rupanya ini permintaan Sugu

PERKONGSIAN YouTuber sensasi S. Pavithra di sebuah portal lifestyle Pepatung yang meluahkan rasa teruja dapat berborak menerusi panggilan video dengan selebriti kegemarannya iaitu pelakon Fasha Sandha menarik perhatian umum.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, berkata dia berasa terkejuut apabila penulis portal tersebut menghubungi dan memberitahu Pavithra sangat meminati serta sering mengikuti drama lakonannya.

Malah apa yang membuatkan Fasha lebih terkejuut apabila melihat wajah Pavithra yang cukup berbeza selepas mendapat sentuhan magis oleh jurusolek selebriti iaitu Razzi Musa.

Ikut Menangis

“Sejujurnya saya terkejuut apabila penulis menghubungi dan beritahu bahawa Sugu Pavithra yang terkenal di YouTube amat meminati saya serta mengikuti drama lakonan saya. Malah dia turut menangis apabila menonton babak saya menangis.

“Saya amat terkejuut kerana jarang ada penonton berbangsa India yang mengikuti semua drama saya. Masa mula-mula Pavithra hubungi saya agak terkejuut sebab muka dia tak sama macam saya tengok dalam berita, rupa-rupanya dah disolek dengan begitu cantik sekali.

“Pavithra ada beritahu bahawa dia dan keluarga meminati saya dan saya berterima kasih serta turut memberitahu bahawa saya sentiasa doakan dia terus berjaya di saluran YouTube,” kata Fasha kepada mStar.

Menerusi artikel di portal tersebut, Pavithra mendedahkan dia meminati subjek bahasa Melayu di sekolah dan banyak mengasah kemahiran bahasa kebangsaan itu dengan menonton drama-drama Melayu.

Ketika ditanya selebriti berbangsa Melayu yang paling diminati, Pavithra terus menyebut nama pelakon Fasha Sandha dan mereka dapat bersua menerusi panggilan video.

Memang Asal Susah, Kalau Susah Semula Takkan Patah Semangat – S Pavithra

Kata S Pavithra, “Dulu kita miskin dan orang anggap kita akan selama-lamanya hidup susah. Bila senang sedikit, ada juga orang tak suka. Sindiran seperti sekarang lupa dirilah dan tak sabar tengok kejatuhan kami pun ada.”

“Kami tak kisah pun kalau esok lusa tak lagi popular atau YouTube tak lagi mampu beri pendapatan. Kami memang asalnya susah, jadi kalau susah semula tak akan mematangkan semangat.”

Sikap positif dalam diri S Pavithra inilah yang perlu dicontohi. Kerana, biar pun hari ini dirinya tiba-tiba menjadi popular dan saudara-mara mahupun rakan-rakan yang lama menghilang, mula mencari dirinya. Dia tidak pernah prasangka dengan mereka.

Semuanya disambut dengan baik

Begitu juga dengan komen-komen mengkritik dan kasar tetep diterima dengan hati terbuka. Anak kedua dari lima beradik ini, belajar dari pengalaman.

Rasa susah hati dengan komen-komen negatif, sedikit demi sedikit berjaya di buang dengan tenang. Tak lagi kata-kata itu terngiang-ngiang dalam tidurnya. Cekal sungguh hati S Pavithra.

Memang Asal Susah, Kalau Susah Semula Takkan Patah Semangat – S Pavithra

Mana yang suami, M Sugu rasakan terbaik, isteri ini, S Pavithra takkan membant4h
Walau Sudah Terkenal, S Pavithra Tetap Hormati Keputusan Suami
Dalam pada meniti dunia serba glamour, S Pavithra tetap meletakkan suami adalah insan yang perlu dihormati dalam setiap keputusan yang dibuat.

Suaminya lebih tegas mengatur jadual mereka. Dia ada sebab yang tersendiri. Tentunya sebagai suami dia mahu keselamatan isteri terjamin.

Bagi S Pavithra, “Saya tak ada masalah untuk keluar TV, tetapi mestilah dengan keizinan suami. Buat masa sekarang dia masih tak benarkan. Jadi, saya ikut sahaja yang terbaik. Kami pun masih baru dalam bidang ini, Banyak lagi perlu belajar.”

Seperti selalu, dia menuturkan kata-katanya dengan lembut dalam bahasa Melayu yang fasih.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

sumber: mstar,https://www.mingguanwanita.my/via trendingsangatpw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Terkejut Fasha Sandha Tiba2 Pavithra Hubungi Dia. Rupanya ini permintaan Sugu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*