“Saya Bersedia Terima Dokumen Dari Peguam Yang Mewakili Zarina AnJoulie” – Amyza Aznan

‘Per4ng’ saman antara bekas pelakon Zarina Anjoulie Lavocah dengan dua orang pelakon iaitu Emelda Rosmila dan Amyza Aznan masih lagi berlarutan.

Sebelum ini Zarina melalui peguamnya telah menghantar dua surat tuntutan berasingan terhadap Emelda dan Amyza yang menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta, iaitu tuntutan RM3 juta daripada Amyza dan RM1 juta daripada Emelda.

Amyza dikatakan berdiam diri sehingga peguam yang mewakili Zarina, Nurul Hafidzah mengesahkan Amyza gagal memasukkan kehadiran di mahk4mah sejak saman difailkan.

Terkini, Emelda pula menuntut permohonan maaf daripada Zarina kerana did4kwa menerbitkan kenyataan fitn4h kepadanya. Emelda menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta termasuk ganti rugi lainnya.

Malam tadi Gempak berjaya menghubungi pelakon Amyza Aznan dan buat pertama kalinya sejak k3s sam4n ini, Amyza bersedia memberi kenyataan. 

“Berdasarkan nasihat yang diterima dan informasi yang baru saya ketahui melalui sebaran media pada hari semalam (25 Jun), maka saya bersedia untuk menerima dokumen dari peguam yang mewakili Zarina Anjoulie iaitu Nurul Hafidzah.

“Saya mohon Nurul Hafidzah hadir ke bangunan Astro di Bukit Jalil pada hari Isnin, 29 Jun 2020, pvkul 4:00 petang untuk menyerahkan dokumen tersebut,” kata Amyza kepada Gempak.

Untuk rekod, 1su ‘perang’ antara Zarina dan beberapa artis lain bermula apabila terdapat pihak yang meminta cadangan daripada kerajaan untuk memberi bantuan kepada penggiat seni.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Bersedia Terima Dokumen Dari Peguam Yang Mewakili Zarina AnJoulie” – Amyza Aznan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*