Pemain Muda Kedah Sebijik Muka Aedy Ashraf?

Gara-gara muka dikatakan mirip pelakon drama siri popular,Budak Tebing, Eddy Ashraf, nama pemain bola sepak remaja Kedah, Mohd Aiman Afif Md Afizul kini menjadi bualan hangat warga net.

Ia susulan, selepas gambarnya ketika menjalani sesi latihan tertutup fasa 1 bersama skuad Lang Merah tular menerusi akaun Facebook FA Kedah pada Rabu.

Menerusi pengendali akaun terbabit, Mohd Aiman yang kini mendapat jolokan nama ‘Budak Jitra’ itu merupakan sorang pemain yang sangat berdisiplin dan berbakat.

Malah, prospek muda itu turut tersenarai antara pemain terbaik negara bawah 19 tahun.

“Selepas hanya beberapa minit foto pemain ini dimuat naik ke ruangan status FA Kedah, ramai peminat memberi sokongan positif dan motivasi buat beliau.

“Setakat ini beliau berdisiplin tinggi dalam menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan antara pemain berbakat dalam bolasepak sahaja sehingga disenaraikan antara pemain Bawah 19 Tahun Malaysia,” tulis pengendali akaun tersebut.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wajah pemain ini saling tak tumpah dengan watak Tongki yang dilakonkan oleh Eddy Ashraf.



Menurut laporan Berita Harian, Aiman dikatakan bakal kekal menyarung jersi Kedah sehingga tahun 2024 dengan klausa pelepasan dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Sumber: Facebook Kedah FA & Instagram Aiman Afif

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pemain Muda Kedah Sebijik Muka Aedy Ashraf?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*