Akui terasa hati dengan sesetengah pihak yang sering mempersoalkan tentang namanya, pelakon Sweet Qismina mendedahkan kisah di sebalik nama komersialnya itu.
Kongsi Sweet, nama tersebut merupakan pilihan arw4h bapanya ketika berada di Mekah.
Malah, bintang ini turut menjelaskan asal-usul pemilihan namanya tersebut menerusi satu hantaran di Instagtam tak lama dulu.
“Orang selalu tanya dan persoalkan nama Sweet Qismina. Kadang-kadang sedikit terasa instead of Qismina depa panggil Qistina.
“Saya tahu nama saya sangat rare tapi adakah kamu tahu nama saya Qismina datangnya dari Tanah Mina?
“Arwah baba yang letak nama tu. Mama nak nama Qisrina tapi sebab masa baba berada di Tanah Mina mungkin disebabkan dia terlalu menyukainya tu dia letak nama saya Qis’MINA’.
“Mama tak mahu sebab takut orang ejek panggil Mina or Minachi or Minah.
“Arwah baba masih nak letak sebab dia kata Mina tu tanah haram, tanah suci. Dulu terfikir juga kenapa sebab susah orang nak ingat nama saya (sampai sekarang tersasul),” tulisnya.
Dalam pada itu, Sweet juga mendedahkan dia selesa dan bangga akan nama pemberian arw4h bapanya itu.
“Tapi sekarang saya tak kisah. Saya akan betulkan nama dan lagi bangga adalah nak sebut nama Qismina tu.
“Lebih-lebih lagi bila kita sendiri dengar perjalanan orang melakukan haji dan lihat tempat itu sendiri.
“Allahu, saya tak akan ubah nama saya. Terima kasih baba (P.S nasib keluar adik sorang lagi dapat lah mama letak nama Qisrina tu),” tulisnya.
Terdahulu, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi ke tanah suci Mekah bersama keluarganya untuk melakukan ibadah umrah pada penghujung Januari lalu.
Foto:Instagram Sweet Qismina
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : MH
Be the first to comment on "“Saya Tak Akan Ubah Nama,” – Sweet Qismina Beri Penjelasan"