“Dah Setel Ke?..” Sekali Ogy Bagi Komen Ayat Yg Padu

Pelakon dan pengarah Khir Rahman memilih bersikap profesional untuk bekerjasama dengan Fauziah Ahmad Daud bagi penggambaran sebuah telefilem baru.

Langkah itu diambil walaupun beliau belum menerima bayaran bagi pementasan teater yang diterbitkan syarikat Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy sebelum ini.

“Saya suka bekerja dalam suasana yang positif. Malah, apa yang sudah berlaku di antara saya dengan kak Ogy sebelum itu tidak ada kena-mengena langsung dengan projek lakonan kami dan syarikat produksi terbabit.

“Jadi, saya kena bekerja dengan profesional. Alhamdulillah, saya dan kak Ogy dapat bekerjasama sebaiknya melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami menyiapkan penggambaran telefilem itu,” katanya dipetik Harian Metro.

Pada pertengahan Mac lalu, Fauziah sebagai pemilik produksi Ogy Ventures & Network dilapor gagal melunaskan pembayaran pada pelakon dan tenaga kerja Korupsi Dewan Semandung terbitannya.

Khir bertindak sebagai pengarah teater itu.

Khir dan Fauziah bergandingan dalam telefilem sempena Aidiladha – Pencipta Pegang Waktu – arahan Zainorhisyam untuk TV3.

Penggambaran itu dilaksanakan baru-baru ini.

Menurut Khir atau nama penuhnya Khairulizam Abdul Rahman, penggambaran telefilem berkenaan sebenarnya sudah lama tertangguh akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ditanya mengenai hutang Fauziah dengannya, Khir berkata, hingga kini, dia masih lagi belum menerima bayaran penuh.

‘Saya yakin dia nak bayar’

Namun, dia mampu bersabar kerana melihat Fauziah mempamerkan usaha dengan melakukan pelbagai kerja untuk mengumpul wang bagi melunaskan hut4ng terbabit.

“Sebagai individu matang, saya tidak boleh terlalu mengikut emos1i dan perasaan mar4h atau beng4ng memikirkan hut4ng itu. Apatah lagi, saya melihat kak Ogy sangat berusaha dengan pelbagai cara untuk mengumpulkan wang.

“Saya yakin dia nak membayar hutangnya pada saya dan semua kru produksi teater itu yang belum mendapat bayaran, tetapi, dia masih perlukan masa,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Khir Rahman & Que Haidar Dua Aktor Hebat Malaysia Dan Bila Berlakon Bersama Mereka Apa Yg Saya Dapat? “JIWA + RASA” = “MAGIS” Ianya “SESUATU”.. #Repost @ctjasmina • • • • • • Hari ini babak berat mereka di dalam tele khas Pencipta Pegang Waktu- .. sebagai penulis skrip, apabila barisan aktor yang hidupkan watak watak sebegini, hilang penat lelah memerah fikiran mengarang cerita. Saya tahu mereka akan beri lebih dari apa yang ada di skrip dan mereka faham tafsiran maknanya.. – Kualiti kerja mereka sangat profesional. – Apabila di set penggambaran , ia satu tanggungjawab yang diamanahkan untuk mereka lakukan sehabis baik. – Alhamdulillah.. amat hargainya. ☺️🙏🏻💕. – Mereka di dalam tele khas aidiladha ‘pencipta pegang waktu’ di tv3. – Arahan Zainorhisyam(wak Dol). – Skrip sitijasminaibrahim. – selain mereka, Puteri Balqis, Jalil Hamid, Azman Hassan dan Haidin Nasir berperan bersama- . Nantikan ya.. – terbitan Primeworks & Gambo.tv – #penciptapegangwaktu #tv3

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on

NETIZEN KOMEN :

Dah setel ke? Kalau ya alhamdulillah,.

QUE HAIDAR PUN KOMEN :

🙏🏻🙏🏻🙏🏻 Tenaga kanda bawa tiada tandingan

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Malaysiakini

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dah Setel Ke?..” Sekali Ogy Bagi Komen Ayat Yg Padu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*