Nora Danish jadi orang tengah, dig4nggu orang ketiga…

TEKA-TEKI mengenai status rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran terjawab apabila aktres cantik itu mengesahkan mereka sudah bercer4i.

Sejak Disember tahun lalu, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini menjadi perbualan hangat peminat di Malaysia dan Indonesia.

Lebih menguatkan sp3kulasi apabila Laudya memadam foto bersama suami di Instagram sehingga menimbulkan pelbagai sp3kulasi daripada netizen.

Laudya bagaimanapun menerusi program Insert saluran Trans TV, Indonesia pada Rabu mengesahkan sudah bercer4i dan berkata keputusan untuk berpisah dilakukan secara baik.

Jom kita semak enam fakta mengenai hubungan Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran!

Laudya berkahwin dengan Engku Emran setelah lima bulan berkenalan.

1. Selepas putus tunang dengan Afifudin Suhaeli (Afie) Kalla pada 2017, Laudya mula memberi bayangan sudah menemui pengganti apabila memuat naik foto Engku Emran di laman Instagram miliknya.

Engku Emran merupakan seorang ahli peniagaan Malaysia dan pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira serta memiliki seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.

Nora Danish dan Laudya bersahabat baik kerana mereka pernah bergandingan dalam filem Surga Yang Tak Dirindukan 2.

2. Pada Ogos 2017, sebuah akhbar tempatan menulis mengenai perkahwinan yang bakal diadakan membabitkan Engku Emran dengan seorang selebriti dari seberang.

Sumber yang enggan mendedahkan nama menyebut pasangan ini bakal bernikah di Kuala Lumpur secara tertutup dan sederhana.

Dikatakan Engku Emran dan Laudya berkenalan melalui aktres Nora Danish dan suami Nedim Nazri pada Mac 2017.

Pada Jun 2017, mStar secara eksklusif cuba mendapatkan komen Engku Emran mengenai gosip cintanya itu, namun dia memilih untuk terus mengunci mulut.

Pasangan ini bernikah di Kuala Lumpur.

3. Industri hiburan dikejutkan dengan perkahwinan Laudya dan Engku Emran di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Jumaat, 8 September 2017.

Laudya sempat memuat naik foto bersama Engku Emran dan Aleesya di Instagram dan berkongsi cerita awal perkenalan mereka.

Menurut Laudya mereka berkenalan selama lima bulan dan akhirnya membuat keputusan untuk bernikah.

Pasangan ini mengadakan majlis resepsi khas untuk rakan-rakan dan keluarga di sebuah hotel di Bandung, Indonesia pada 8 Oktober 2017.

Artis popular dari Indonesia turut meraikan pasangan pengantin.

4. Selepas berkahwin, pasangan ini dilihat kerap berulang alik antara Malaysia dan Indonesia. Malah, Laudya turut menerima tawaran mengacarakan program televisyen di Malaysia.

Kata Laudya, suaminya itu sangat memahami kerjayanya sebagai artis dan memberi kebenaran untuk dia bekerja.

Bagaimanapun, pada hujung minggu Laudya akan pulang ke Indonesia kerana beberapa tugasan.

Laudya melayan baik anak tirinya, Engku Aleesya.

5. Kisah keretakan rumah tangga mereka mula dihidu oleh netizen pada September 2019. Ia bermula apabila Laudya memuat naik foto bersama suami di Instastory.

Dalam hantaran tersebut, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini memberitahu foto tersebut merupakan gambar terakhir yang akan dikongsi di laman sosial kerana ada wanita yang cuba merampas suaminya itu.

“Insya-Allah ini muat naik terakhir! sama suami. Soalnya wanita-wanita zaman sekarang, mereka suka mahu sama yang kita punya.

“Kalau memang nak, mintanya dekat Allah ya mbak, tante, de (kakak, makcik, adik),” katanya.

Laudya turut dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram Engku Emran dan mengelak daripada menjawab pertanyaan media mengenai hubungan mereka.

Netizen mula menghidu pergolakan rumah tangga mereka apabila Laudya memuat naik status pada Instastory ini.

6. Kemuncak kisah rumah tangga mereka bermula apabila Engku Emran menukar nama dan foto profil di laman Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, Engku Emran juga tidak lagi mengikuti akaun Instagram Laudya sehingga membuatkan peminat terus tertanya-tanya apa yang sedang berlaku dalam rumah tangga pasangan ini.

Bagaimanapun, pada Rabu semuanya sudah terjawab apabila Laudya sendiri mengesahkan dia dan usahawan itu sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Nora Danish jadi orang tengah, dig4nggu orang ketiga…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*