“Tolong Henti Menyamar…” Fasha Sandha Jadi M4ngsa

BAGI mengelakkan kekel1iruan dalam kalangan peminat, pelakon Fasha Sandha menjelaskan dia tidak pernah memiliki sebarang akaun di laman sembang, Bigo.

Justeru itu, Fasha meminta individu yang menyamar menjadi dirinya segera menghentikan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

“Saya tiada Bigo dik. Tolong beritahu dia untuk hentikan penyamaran ya! Terima kasih,” katanya.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini menjawab salah satu komen yang ditinggalkan pengikut di laman Instagram.

Menurut peminat itu, ada individu melakukan penyamaran di aplikasi sembang berkenaan dan mengaku dirinya sebagai Fasha Sandha.

Peminat maklumkan mengenai kewujudan akaun p4lsu menggunakan nama dan fotonya.

Individu berkenaan turut didakwa menggunakan nama dan foto pelakon filem Ada Apa Dengan D0sa ini, sekaligus menimbulkan kekeliruan pengguna lain.

“Akak (Fasha) ada guna Bigo ke? Tadi dalam Bigo ada yang mengaku diri akak Fasha… nama dan gambar sama macam dalam Instagram.

“Tapi dia tunjuk muka sebelah sahaja, tak pakai tudung… harap-harap itu bukan akak Fasha,” tanya seorang pengikut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Excited but nervous, Normal kan? 😭

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Bigo merupakan salah satu aplikasi sembang (live streaming) yang menjadi platform untuk pengguna bersiaran langsung bersama pengikut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tolong Henti Menyamar…” Fasha Sandha Jadi M4ngsa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*