“Kalau Dah Okay, Dah Kuat, Dah Sah, Kak Lina Akan Kongsi,” – Ham1l? Ini Respon Elly Mazlein

Elly Mazlein mendedahkan masih terlalu awal baginya untuk bercerita mengenai soal kehami1lan.

Bintang berkenaan tampil menjawab desas-desus mengenai hal tersebut memandangkan dia kini kelihatan jarang memuat naik foto Outfit of the Day (OOTD), hingga menimbulkan spekulasi peminat.

Elly atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Lina menerusi Harian Metro menjelaskan, masih terlalu awal untuknya berkongsi.

“Kalau dah okay, dah kuat, dah sah, Kak Lina akan kongsikan. Masih awal lagi untuk bercerita pun,” katanya seperti yang dipetik.

Pada masa sama, bintang drama Kampung People itu juga memohon doa ramai agar  mendoakan kesejahteraan serta dikurniakan rezeki cahaya mata buatnya secepat mungkin.

“Doakan Kak Lina ya. Kalau ada berita mengenai kehamilan, Kak Lina akan kongsikan. Jadi, doakan kesejahteraan dan semoga dikurniakan rezeki cahaya mata,” katanya lagi.

Pernikahan Elly dan Azlan adalah yang kedua dan menerusi perkahwinan terdahulu, penyanyi Bungaku Bakawali ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.

Elly dan suaminya, Mohd Azlan Che Noh mendirikan rumah tangga Januari lalu di Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Elly Mazlein

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kalau Dah Okay, Dah Kuat, Dah Sah, Kak Lina Akan Kongsi,” – Ham1l? Ini Respon Elly Mazlein"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*