Fasha Sandha Hitung Hari Bersalin Anak Ketiga, Ini Penampilan Terkininya Tarik Perhatian Ramai

Pelakon versatil, Fasha Sandha ada memuat naik foto terkininya bersama suami, Aidil Aziz.

Berlatar belakangkan di lokasi percutian popular, Langkawi, penampilan Fasha yang dirakam bertopi dan mengenakan baju putih sedondon bersama suami mencuri perhatian peminat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Menghitung hari 😭❤️👶 . . . . . 📸 @cameo.x ❤️ #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Menghitung hari,” tulisnya ringkas sambil disertakan dengan kredit.

Hantaran terbaru bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh di Instagram itu dihujani dengan ucapan ramai yang rata-ratanya mendoakan agar urusan bersalin aktres ini dipermudahkan.

Sekadar imbasan, Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Excited but nervous, Normal kan? 😭

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Terdahulu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima, hasil perkahwinan pertamanya bersama Rizal Ashram yang terlerai pada tahun 2016.

Dalam perkembangan lain, Fasha baru sahaja muncul menerusi filem Ada Apa Dengan D0sa ditayangkan di saluran Astro First bulan lalu.

Foto: Instagram Fasha Sandha

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Fasha Sandha Hitung Hari Bersalin Anak Ketiga, Ini Penampilan Terkininya Tarik Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*