SELEPAS mendedahkan sudah bercer4i Januari lalu, penyanyi Jaclyn Victor mendedahkan dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka berstatus duda.
Jaclyn, 42, berkata, dia langsung tidak menyangka pintu hatinya akan terbuka buat kali kedua dengan mana-mana lelaki selepas gagal dalam perhubungan sebelum ini.
“Saya tak pernah jangka akan bertemu lagi dengan lelaki yang dapat menerima status saya sebagai ibu tunggal beranak dua, namun apa yang saya dapat katakan ialah kini saya dah bertemu seseorang.
“Saya gembira, dia memang seorang lelaki yang baik. Malah dapat menjaga dan pandai ambil hati anak-anak sehingga mereka memanggilnya dengan gelaran ‘papa’,” katanya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemilang ini ditemui semasa majlis perasmian B.A.T.S Restaurant and Lounge miliknya yang terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar.
Jaclyn Victor kini bergelar usahawan dengan memiliki sebuah perniagaan restoran.
Ibu kepada Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera yang berusia tiga tahun ini bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.
“Biarlah saya simpan dulu siapa orangnya, apa yang pasti dia bukan daripada industri hiburan. Malah yang lebih menarik tentang jejaka terbabit ialah dia tidak mengenali diri saya sebagai seorang penyanyi pada awal perkenalan kami.
“Walaupun dia seorang bapa tunggal yang sibuk dengan kerjaya, dia akan sentiasa meluangkan masa hampir saban hari dengan anak-anak saya. Kalau mereka boleh bertutur dengan baik, membaca dan melukis, semuanya kerana usaha jejaka ini, ” tambah Jaclyn.
Jaclyn yang lebih mesra disapa Jac sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan R&B antarabangsa AZ Yet iaitu Shawn Rivera selama lima tahun sebelum mengumumkan bercerai Januari lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MSTAR
Be the first to comment on "Selepas Tujuh Bulan Umum Bercer4i, Jaclyn Victor Sudah Temui Pengganti"