“Cantik tak semestinya kulit putih!” – Dayang Nurfaizah

JIKA segelintir wanita memilih menjalani r4watan kosmetik atau pemb3dahan pada wajah untuk kelihatan awet muda, penyanyi Dayang Nurfaizah pula enggan melakukan perkara sedemikian.

Menurut Dayang, 39, dia tiada keberanian untuk melakukan sebarang perubahan pada bahagian wajah kerana bimbang kesan jangka panjang yang akan diterima kelak.

“Saya tak pernah terfikir tentang r4watan pada bahagian muka sebab saya tkut benda-benda macam-macam itu… tkut perubahan itu tak menjadi dan hanya memberi kesan kekal.

“Tak beranilah… kalau boleh tak mahu, biarlah tua secara semulajadi dan terimalah seadanya, Alhamdulillah!

“Tetapi saya tak membantah orang yang mahu lakukan perubahan pada wajah mereka… kalau itu boleh buat mereka yakin, tak apa!,” katanya kepada mStar.

Dayang bersyukur dengan wajah yang dimiliki.

Dayang ditemui semasa majlis pelantikannya sebagai duta untuk produk kosmetik, Bungaa yang diadakan di Hotel Royal Damansara, Petaling Jaya pada Khamis.

Ditanya mengenai rahsia memiliki kulit wajah yang sihat dan cantik, penyanyi lagu X Missing U ini memberitahu dia lebih menitikberatkan rutin penjagaan harian.

“Semakin meningkat usia, saya lebih utamakan penjagaan wajah sebab bagi saya kalau kulit sihat, kita mekap sikit pun dah okay.

 

Cantik ini tak semestinya putih, warna kulit sama sekali tidak menentukan kecantikan seseorang kerana ia perkara subjektif.

DAYANG NURFAIZAH

PENYANYI

“Sebenarnya, saya dah biasa bermekap sejak zaman sekolah dan ketika itu kulit tak ada masalah… apabila menginjak dewasa muka ros4k tervk sampai tengok diri sendiri pun sedih.

“Saya cari punca kenapa jadi begitu dan lama-lama kita mula tahu apa produk sesuai dengan muka, sekarang ini hanya lebihkan pada rutin penjagaan wajah sahajalah!, ” ujarnya.

Sementara itu, Dayang berkata kecantikan seseorang bukannya bergantung kepada warna kulit semata-mata, sebaliknya keyakinan diri menjadi faktor utama.

Buat pertama kalinya Dayang Nurfaizah bersetuju menerima tawaran menjadi duta produk kosmetik tempatan.

“Cantik ini tak semestinya putih, warna kulit sama sekali tidak menentukan kecantikan seseorang kerana ia perkara subjektif.

“Bagi saya kecantikan itu apabila kita ada keyakinan, kalau kita tak yakin dengan diri itu yang akan buat kita rasa d0wn dan rendah diri.

“Nak cantik tak perlu nak ubah-ubah pada wajah cuma kita perlu tambah seri sahaja. Kadang-kadang keunikan atau kelainan pada muka seseorang itu buat kita istimewa, ” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Cantik tak semestinya kulit putih!” – Dayang Nurfaizah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*