MENGINJAK enam hari usia cahaya mata ketiganya, pelakon Fasha Sandha mengakui terkejut apabila ramai peminatnya membuka akaun Instagram untuk anak perempuannya Aisha Amaira.
Fasha menerusi perkongsian pada Rabu berkata, dia tidak pernah membuka akaun Instagram rasmi untuk ketiga-tiga anaknya.
Tambah Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 36, suaminya iaitu pelakon Aidil Aziz tidak mengizinkannya anak-anak mereka mempunyai laman sosial atas sebab tertentu.
“Aisha tak ada Instagram tau. Ibu (Fasha) terkejut ramai buatkan Instagram untuk Aisha.
Aisha merupakan anak sulung Fasha bersama Aidil.
“Ibu tak buat Instagram untuk mana-mana pun anak-anak ibu sebab ayah tak izinkan.
“Jadi, gambar Rayfal, Raysha dan Aisha semua dalam Instagram ibu saja tau,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut pelakon drama bersetuju dengan tindakan yang diambil Fasha dan Aidil demi menjaga keselamatan anak-anak mereka.
Malah, netizen meminta Fasha memuat naik paparan skrin akaun p4lsu yang menggunakan nama Aisha untuk dilaporkan kepada pihak Instagram.
“Mungkin ibu boleh post screensh00t akaun-akaun p4lsu tu dan minta tolong netizen report ramai-ramai… kami sedia membantu.
Fasha dan suaminya, Aidil bersama anak-anak mereka.
“Lebih elok tak ada Instagram… baru lahir sangat. Elak penyak1it Ain dari mata-mata yang memandang. Comelnya Aisha, Mashaallah,” komen beberapa netizen.
Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali kedua Fasha.
Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar
Be the first to comment on "“Suami Tidak Izinkan..” – Fasha Sandha"