Tak Sampai 24jam Jadi Isteri, Tersebar Video Rupanya Miera Leyana Isteri Kedua?

KUALA LUMPUR: Cinta bersemi di hatinya bukan disebabkan kuasa, harta atau wang ringgit. Sebaliknya, pelakon jelita, Miera Leyana, 27, jatuh cinta pada keluhuran hati suaminya yang juga usahawan, Rosland Othman, 47.

Umumnya, Miera atau nama sebenarnya, Miera Leyana Datuk Seri Kasmi memiliki segala-galanya dalam hidup. Dibesarkan dalam hamparan kemewahan, menyusuri populariti dan kini, mewarisi empayar perniagaan keluarga.

Apa lagi yang tak cukup, semuanya serba sempurna. Hanya satu, keinginannya mahu memiliki seorang lelaki bergelar suami yang mampu membimbing dan membawanya ke syurga jannah.

Memilih lelaki yang memiliki jarak usia 20 tahun bukan bermakna aktres yang diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu ‘buta hati’, sebaliknya itu adalah pilihannya, mahukan lelaki yang matang.

Miera dan Rosland disatukan dalam ikatan suami isteri pada 26 Julai lalu. Majlis pernikahan diadakan di Hotel St Regis dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan. Malam berinai pula meriah bak persembahan teater dengan acara tari menari berlangsung di Hotel Four Seasons, sehari sebelum majlis pernikahan.

Namun, belumpun sempat 24 jam bergelar suami isteri, dunia hiburan dikejutkan dengan satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube yang mendedahkan pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya Ke Neraka itu ‘hidup bermadu’.

Video berkenaan mendedahkan, Rosland yang juga Naib Presiden Kanan sebuah syarikat gergasi sudah berkahwin dan memiliki tujuh cahaya mata perempuan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Photography by @the.affiliates Bridal dress by @rizmanruzaini Make up by @alhaalfa Hair by @juuu.ko Wedding by @thecalla

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana) on

Mengulas gosip yang bertiup kencang, Miera tak menafikan mahupun mengiyakan bergelar isteri kedua. Malah, itu juga bukan punca dirinya tidak mendedahkan identiti suami sebelum acara akad nikah.

“Sesiapa sahaja bebas membuat andaian, namun adilkah melemparkan spekulasi negatif pada sebuah masjid yang baru dibina?

“Sebagai orang Islam, kita kena percaya rahsia jodoh sukar dirungkai dan diduga. Begitu juga ikatan perkahwinan saya dengan suami.

“Soal hidup bermadu, biarlah hanya kami sahaja tahu. Saya dan suami bahagia, tak menganiayai hidup sesiapa dan spekulasi ini dicetuskan orang luar. Jadi, tak perlulah menghakimi hidup kami,” katanya kepada BH Online secara eksklusif.

Diperkenalkan menerusi drama Luna Fantasiku pada 2008, Miera berkata, dia tidak takut kerana perkahwinan adalah ikatan suci.

“Saya dan suami tak membuat perkara salah di sisi Allah dan agama. Kami membina rumah tangga atas dasar cinta dan memperoleh restu kedua-dua keluarga.

“Kami tidak menyorok perkahwinan, malah satu Malaysia tahu, saya kini bergelar isteri Rosland. Majlis pernikahan juga diadakan secara terang-terangan.

“Jika mahu membohongi sesiapa, kami boleh berkahwin di luar negara dan bernikah menerusi talian. Tiada seorang pun akan tahu kami sudah berkahwin, melainkan ahli keluarga,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu memilih cara yang salah. Lagi pun, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

“Saya bahagia dengan fasa baharu dalam kehidupan. Saya positif, persepsi orang luar terhadap rumah tangga kami bukan perkara penting.

“Apa yang kami tahu, tak salah berkongsi hidup dan bahagia,” katanya.

Namun, jauh di sudut hati, wanita kelahiran Johor Bahru itu Miera sedih apabila tersebar gosip negatif sebaik melangkah ke alam perkahwinan.

“Siapa tidak sedih, tak sampai 24 jam bergelar isteri, video berkenaan tersebar. Cuba letakkan diri dalam keadaan saya.

“Saya bukannya kahwin sorok, malah sanak saudara dan rakan taulan menghadiri majlis pernikahan kami. Satu Malaysia lihat gambar perkahwinan kami. Gosip ini bukan hanya mencemarkan maruah saya dan suami, malah keluarga kedua-dua pihak.

“Tak kisah suami anak berapa dan apa status sekalipun, tetapi kami berkahwin atas restu keluarga dan tidak melukakan hati sesiapa,” katanya.

Mengulas tuduhan berkahwin dengan Rosland atas jalinan perniagaan bapanya, Datuk Seri Kasmi Arsat, Miera menyangkal dakwaan tidak masuk akal berkenaan.

“Ingat perkahwinan saya adaptasi drama ‘khayalan’ dalam kaca televisyen? Kami berkahwin atas dasar cinta, bukan perniagaan keluarga.

“Ada atau tidak Rosland, saya tetap ada empayar perniagaan sendiri. Saya tak perlukan sesiapa untuk menanggung hidup saya.

“Bagaimanapun, saya akui, suami banyak mengajar selok belok perniagaan selama berkawan baik,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak Sampai 24jam Jadi Isteri, Tersebar Video Rupanya Miera Leyana Isteri Kedua?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*