Pelakon Zizan Razak mendoakan yang terbaik buat pelakon Mira Filzah dan bakal suaminya, Wan Emir Astar.
Zizan juga turut menitipkan pesanan buat pasangan Mira dan Emir yang bakal melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi.
Zizan menitipkan pesanan itu menerusi program Rumah No 107 yang bakal bersiaran malam ini.
“Kepada bakal puan Mira Filzah, saya Zizan Razak ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan saya doakan yang terbaik untuk Mira dan juga bakal suaminya.
“Saya doakan supaya kekal hingga Jannah, mendapat anak yang baik, menjadi keluarga yang baik dan juga harmoni. Doakan juga untuk saya,” ujarnya.
Zizan juga mengatakan dia tidak mempunyai masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan Mira sekiranya menerima undangan.
“Seharusnya saya datang, pernikahan harus diraikan dengan kemeriahan,” katanya tersenyum.
Selain Zizan, Datuk Rosyam Nor juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.
Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.
Jangan lupa saksikan episod penuh Zizan dan Rosyam menerusi Rumah 107 malam ini, jam 9:00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Mira Filzah Bakal Berkahwin, Ini Pesan Padu Zizan Razak Pada Bakal Suami Mira Filzah"