Terdahulu, pelakon cantik manis Mira Filzah telah mengumumkan punyai ikatan pertunangan dengan seorang artikek dan pemilik firma seni bina. Sebelum ini, hubungan mereka juga dirahsiakan kerana tidak mahu diketahui umum, cukuplah sekadar keluarga sahaja.
Terbaru, berkongsi mengenai persiapan majlis pernikahan, Mira Filzah berharap supaya majlis akan berjalan lancar. Segala persiapan diurusnya sendiri dan kini sudah 90 peratus selesai.
Mira Filzah menerusi laporan Media Hiburan berkata segala persiapan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi sudah mencecah 90 peratus selesai.
Alhamdulillah, persiapan berjalan dengan lancar. Insyaallah, kami akan adakan beberapa majlis resepsi. Bagaimanapun, saya ingin beritahu awal-awal kepada semua atas kekangan semasa yang tidak menentu.
Jadi kami hanya menjemput sekitar 200 hingga 250 sahaja bagi setiap majlis.
Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini bakal menggayakan busana perkahwinan dari pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini dan Fizi Woo.
Saya memilih untuk menguruskan persiapan sendiri soal perkahwinan. Apa yang boleh saya kongsikan setakat ini sudah 90 peratus menggunakan pembiayaan sendiri. Kalau boleh saya mahu ianya berjalan lancar bagaimana saya impi dan rancangkan.
Bagaimanapun, saya bersyukur dan berterima kasih kerana ada pihak sudi bertanya soal tajaan perkahwinan. Cuma rasanya setakat ini saya rasa puas hati andai diri sendiri yang pilih dan tentukan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Media Hiburan via Ohbulan
Be the first to comment on "Mira Filzah Dedah Guna Pembiayaan Sendiri Persiapan Menjelang Hari Bahagia"