Zain Saidin Dedah Punca Masuk Hospital, Rupanya Ada Kaitan Dengan Che Ta

PELAKON Zain Saidin mengaku dia pernah mengalami masalah kolestr0l tinggi kerana tidak menjaga makan berikutan masakan isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta terlalu sedap.

Zain, 36, yang ditemui berkata masalah berkenaan dialaminya selepas menghabiskan banyak masa di rumah ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Ketika PKP itu, saya memang duduk di rumah saja kerana seronok ada  banyak masa bersama keluarga. Ditambah, Che Ta pun sama, dia tak boleh melakukan penggambaran drama.

“Jadi, setiap harilah dia memasak untuk kami sekeluarga. Malah,  semua masakannya pula sangat sedap dan saya pun tak kawal makan sehingga mengalami kolestr0l tinggi.

“Ketika dimasukkan ke hospital akibat ‘thinn1ng disc’, yang menyebabkan saki1t belakang pada Jun lalu, baru tahu saya mengalami kolestr0l tinggi melebihi paras tujuh,” katanya.

Menurut Zain, dia yang memiliki sejarah keluarga ada kolestr0l tinggi sejak itu mula menjaga pemakanan hariannya dan enggan terlepas pandang lagi.

FOTO IG Rozita Che Wan
FOTO IG Rozita Che Wan

Zain yang kini jarang berlakon,  memberi tumpuan pada perniagaan  kambing bakar dikenali Mmmbaek yang diusahakan bersama rakannya di kantin, Setor Gombak sejak awal tahun lalu.

Mengakui minatnya pada lakonan tidak pudar, Zain berkata hingga kini penonton sangat mengingatinya dengan watak Henry  Middleton dalam drama Oh My English!

“Pengaruh dan aura watak itu (Henry  Middleton) terlalu besar pada saya. Sampai sekarang, ia terus diingati penonton selain lakonan saya dalam drama Kiah Pekasam pada 2010 lalu.

“Melalui drama Kiah Pekasam itulah saya mula berkenalan dengan Che Ta dan jatuh cinta. Alhamdulillah juga, kami berjodoh hingga mendirikan rumah tangga,” katanya.

Zain dan Che Ta berkahwin pada 13 Disember 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 6.

Selain itu, Zain juga memiliki dua anak tiri lelaki, daripada perkahwinan terdahulu Che Ta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jgn cium sayang nanti org maqah😛 @zainsaidin23

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Baqu dpt ambik gambaq 1 family…mana tidak , depa qeja dok beqenang ja 😜 @zainsaidin23 @aaisyahdhiarana111 . . Fabric by @jakeltextile 📷 @azmwhb . Necklace by @scha_fadly

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Zain Saidin Dedah Punca Masuk Hospital, Rupanya Ada Kaitan Dengan Che Ta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*