“Salah ke berpolig4mi?..”-Rosland Othman

KUALA LUMPUR: Ditvduh menjadi orang ketiga, bermadu dan bahagia atas pender1taan wanita lain sedikitpun tidak menjadi kud1is buat pelakon, Miera Leyana, 27, dan suaminya yang juga ahli perniagaan, Rosland Othman, 47.

Netizen mampu menghent4m apa sahaja, hakikatnya pasangan suami isteri yang diijabkabulkan pada 26 Julai lalu itu tidak terusik dengan mulut l4har berbisa.

Kehidupan harus diteruskan, malah Miera mahupun Rosland bahagia dengan fasa baharu dalam rumah tangga. Paling penting, mereka tidak menyorok perkahwinan, mendapat restu kedua-dua keluarga, malah tiga majlis, iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi berlangsung dengan gemilang.

Rosland berkata, dia tiada kuasa menghentikan gos1p yang berlegar mengenainya yang dikatakan berpoligami, malah tidak terkesan dengan komen netizen.

Baginya, netizen tiada kena mengena dengan hidupnya dan isteri.

“Netizen nak mengata macam-macam, katalah… Saya tidak boleh menghalang netizen untuk terus bercakap sebab saya tahu kalau buat benda baik, netizen tetap kutvk. Lagipun, ia tidak langsung menjejaskan kehidupan kami.

“Saya berkahwin dengan Miera bukan mahu menumpang popularitinya, sebaliknya saya melihat sisi baik pada isteri selepas empat tahun berkawan baik dengannya.

“Sebelum ini, saya dengar pelbagai cerita mengenai Miera, tetapi apabila mengenalinya, saya tahu siapa dirinya yang sebenar. Saya terusik mengenali keluarga dan melihat cara ibunya menjaga Miera.

Miera Leyana dan suami, Rosland Othman kini sedang berbulan madu di Langkawi. – Foto IG Miera Leyana

“Di situlah, hati terbuka melamar dan memikul tanggungjawab sebagai suami supaya dapat menjaga Miera seperti mana keluarganya lakukan,” kata Rosland.

Rosland berkata, banyak perkara lain yang boleh dibincangkan netizen daripada sibuk mengambil tahu mengenai rumah tangganya dengan Miera.

“Dalam dunia ini, banyak benda yang boleh dibincangkan. Kita ada yang tak cukup makan, hilang kerja dan hidup melarat akibat pand3mik COV1D-19. Tetapi, saya pelik netizen lebih sibuk nak ambil tahu kisah perkahwinan kami.

“Sebenarnya, tiada apa yang perlu dibincangkan mengenai kami. Lebih baik, fikir perkara yang positif dan pandang ke hadapan. Saya selesa dengan cara hidup saya dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tak perlu telunjuk orang kerana ia tidak membawa saya ke mana pun.

“Jujurnya, saya lebih selesa tidak berkongsi soal peribadi kepada orang luar,” katanya.

Walau dikrit1k hebat netizen, namun apa yang penting, kata Rosland, melihat keluarga kedua-dua pihak gembira pada hari bahagia mereka.

Katanya, dia gembira melihat senyuman terukir pada wajah ahli keluarganya dan Miera. Meskipun ada yang mempertikaikannya, tetapi masih ramai yang menyokong keputusan mereka.

“Saya seorang yang sangat menjaga privasi. Saya sedar perlu menerima seadanya status isteri sebagai selebriti. Tetapi, saya akan tetap melindungi privasi saya dan keluarga, selagi mana mampu kawal, saya akan kawal.

“Saya tak perlu cerita siapa ibu bapa sebab saya pun tidak faham apa sebenarnya yang netizen mahukan? Apa matlamat mereka? Saya berpegang teguh untuk menjaga isteri saya.

Miera Leyana tetap dengan pendirian untuk tidak mengiyakan mahupun menidakkan dirinya bergelar isteri kedua. – Foto The Affiliates

“Saya sendiri tertanya, apa motif mereka mengorek cerita saya. Adakah sebab mereka bosan tidak melakukan apa-apa ketika COV1D-19 atau tiada tujuan hidup. Tetapi, saya akan tetapi jalani hidup seperti biasa,” katanya yang kini sedang berbulan madu di Langkawi bersama isteri tersayang.

Sementara itu, Miera tetap dengan pendirian untuk tidak mengiyakan mahupun menidakkan dirinya bergelar isteri kedua.

Aktres yang diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu berkata, dia tidak melihat kehidupan berpoligami sebagai isu besar.

Katanya, dia enggan membesarkan isu poligami, sebaliknya mohon peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan suami memandangkan mereka sudah bergelar suami isteri.

“Tidak kisahlah saya bergelar isteri pertama, kedua atau ketiga, saya tidak merasakan ada berbuat salah. Jika saya ingin menyorokkan sesuatu, saya tidak akan menghabiskan duit orang tua mengadakan majlis perkahwinan. Lebih baik, saya berkahwin di Thailand atau berkahwin atas talian sahaja.

“Cuma, saya pelik dengan netizen yang menentang poligami seolah-olah ia satu isu yang sangat besar. Mereka pantas melabelkan isteri kedua jah4t atau isteri pertama teruk seperti dalam drama. Kita hidup dalam dunia nyata dan terbuka, kenapa perlu mempertikaikan.

“Sejujurnya, saya sed1h kerana tidak sampai 24 jam berkahwin, pelbagai spekulasi yang timbul dan kebanyakannya tidak betul. Sepatutnya bahtera perkahwinan yang dilayari ini dilalui dengan perkara indah, tetapi kami pula sebaliknya,” katanya dengan tenang.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

sumber: BH Online

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Salah ke berpolig4mi?..”-Rosland Othman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*