Baru Je Nikah, Mira Filzah Dedah Perangai Sebenar Suaminya

Selamat diijabkabulkan dua minggu lalu dan baru sahaja pulang dari berbulan madu, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar dilihat tidak lokek berkongsikan momen mereka bersama di media sosial untuk tatapan peminat.

Baru-baru ini, Mira ada memuat naik beberapa video di Insta Story memaparkan dia sedang menyediakan masakan untuk makan malam. Apa yang menjadi perhatian, Wan Emir juga dilihat sangat ringan tulang membantu isterinya di dapur.

Dalam satu entri, Mira turut meluahkan rasa gembira melihat suaminya makan dengan penuh selera. Malah, Emir juga turut memuji masakan yang disediakan oleh isteri tercinta.

Menjengah di laman Twitter, rata-rata netizen dilihat teruja serta memuji pasangan tersebut yang saling bantu membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.

Tidak kurang juga ada yang menggelar pasangan itu Sugu Pavithra versi Melayu dimana seorang masak dan seorang lagi merakamkan video.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : ROTIKAYA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Je Nikah, Mira Filzah Dedah Perangai Sebenar Suaminya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*