Isu dapat cincin, Wan Sharmila akhirnya buat pengakuan hubungan sebenar dgn Syazwan Zulkifly

PELAKON Wan Sharmila menjelaskan hadiah sebentuk cincin pemberian pelakon Syazwan Zulkifly ketika sedang membuat siaran langsung di Instagram (IG Live) baru-baru ini tidak membawa maksud mereka sedang bercinta.

Menurut Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 39, dia dan Syazwan tidak pernah menyimpan perasaan cinta antara satu lain memandangkan mereka sudah lama berkawan.

Bagaimanapun, Wan Sharmila memberitahu dia mengambil permintaan peminat mahu melihat mereka sebagai kekasih itu secara positif

Syazwan hadiahkan sebentuk cincin kepada Wan Sharmila tarik perhatian peminat.

“Itu sekadar review produk sahaja dan tiada apa yang istimewa pun. Hubungan saya dengan Syazwan tidak melebihi sebagai kawan saja dan selesa macam ini. Memang tidak menyimpan perasaan istimewa pun.

“Sebenarnya saya tak kisah kalau peminat suka melihat kami berdua. Saya terima dan bersyukur dengan apa yang jadi selepas gandingan kami dalam drama itu.

“Saya ambil secara positif sahaja dan dapat rezeki lebih besar. Bagi saya, peminat letakkan harapan setinggi gunung untuk saya dan Syazwan pun tak kisah tapi hanya untuk drama saja,” katanya kepada mStar.

Wan Sharmila ditemui ketika majlis ‘Party 7 Hari Mencintaiku 2‘ yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, The Linc, Kuala Lumpur pada Rabu.

 

Saya ambil secara positif sahaja dan dapat rezeki lebih besar.

WAN SHARMILA

PELAKON

Pada majlis tersebut, turut diumumkan bahawa drama karya novelis Siti Rosmizah Semail itu bakal menyambung siri ketiga pada tahun hadapan.

Gara-gara penangan watak Helmi dan Sophie menerusi drama tersebut, peminat mahu melihat Wan Sharmila betul-betul bercinta dengan Syazwan di alam nyata.

Menerusi laporan mStar pada 13 Ogos lalu, Syazwan atau nama sebenarnya Mohd Syazwan Zulkifly, 33, berkata dia tidak pernah berasa rimas dengan permintaan tersebut dan beranggapan lakonan mereka memberi kesan kepada peminat.

Wan Sharmila anggap Syazwan tidak lebih sebagai kawan.

Dalam pada itu, Wan Sharmila mengakui dia masih lagi tidak mempunyai kekasih namun bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang ikhlas menerimanya.

“Saya jelaskan mengenai hubungan dengan Syazwan hanya kawan bukan sebab saya nak jaga hati mana-mana pihak sebab saya memang tak ada kekasih pun lagi.

“Sebenarnya saya bersedia saja nak bercinta tapi masih tak jumpa ‘the right one’. Lagipun, saya dengan Syazwan memang selesa berkawan sahaja dan sudah anggap seperti keluarga yang boleh bergurau,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Isu dapat cincin, Wan Sharmila akhirnya buat pengakuan hubungan sebenar dgn Syazwan Zulkifly"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*