Baru Je Jadi Suami, Fendy Bakry Dedah Menikah Tanpa Cinta?

Pelakon Fendy Bakry atau nama sebenarnya, Mohd. Affandi Nor Bakri, 32, mengakui dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan isterinya, Ayu Afnizar sebelum mereka berkahwin.

Dedah Fendy yang mendirikan rumah tangga 30 Ogos lalu, hubungan mereka bermula sekadar teman biasa sahaja.

“Saya mengenalinya di sebuah festival teater tiga tahun lalu. Selepas itu, kami hanya berkawan seperti biasa. Tak bercinta pun, kami macam kawan biasa sahaja.

“Kadang-kadang kami hanya bertegur tiga bulan sekali. Saya terdetik hati untuk mendekati dan melamarnya kerana saya nampak ada satu ciri kebaikan dalam hatinya. Perkara itu tak nampak dekat orang lain.

“Persiapan nikah pun hanya ambil masa dua bulan sahaja. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih pada yang memberi ucapan dan doa kepada sy dan isteri.. Begitu juga kami insan biasa juga mendoakn kesejahteraan buat anda semua.. Semoga kita semua berada didalam lindungannya inshaAllah aamin.. . Sungguh tidak disangka yang sy jadi suami orang hahahaha.. Tak pernah terlintas difikiran.. Dulu selalu cakap “ah nk bina empayar dulu la baru kawin”.. Sebenarnya dalam kita sudah berumahtangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama2..apatah lagi untungnya sebab ada backbone yg kuat kihkih.. . Owh pot pet plakkan hahaha..😅 . Last minute punya persediaan weh😱😱 . alhamdulillah @ehfanibrahimofficial sudi membantu untuk menyediakan busana bt kami berdua..🕺🏽💃🏽 Sememangnya hasil dia telah sy beri kepercayaan selama 9 tahun.. lama wooo guna khidmat dia hihi.. . Makeup plak dari @firz_razali .. sememangnya kalau sy g event memna pun sy akan guna khidmat dia.. Mula2 dia akan mak esahkn muka sy pastu bru dia makeup.. hahahaha lawak ja.. ( Hampa bukan leh kira,ambk serius ). . Owh.. photo plak dari saudara @ohhfiras .. Brader nie sy duk bwh meja pn dia masuk bawah meja hahahahaha.. . Apa2 terima kasih mendoakan sy.. terutama @fendynisme yang sentiasa ada.. teruskn support kerjaya sy sebagai seorang ank seni.. kerjaya sy seiring dengan sokongan anda semua.. Semangat anda sy tumpang untuk terus berkarya.. Love u lahhhh!!! . Terima kasih semua..

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

Fendy ditemui di Karnival Havoc Food Festival 3.0 di Stadium Shah Alam, baru-baru ini.

Menjalankan bisnes menjual kuetiau goreng dibawah jenama makanan miliknya, Bhenang Kitchen, Fendy menjadikan perniagaan sebagai salah satu sumber rezeki.

“Jenama Bhenang bermula dengan penghasilan baju kurta yang saya jual sebelum ini.

“Saya memulakan perniagaan Bhenang Kitchen ketika Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa Mac lalu. Alhamdulillah, ia membantu saya menjana pendapatan memandangkan penggambaran dihentikan seketika.

“Saya juga gemar berniaga dan terharu atas sokongan peminat yang membeli sepanjang festival ini diadakan,” kata pelakon drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh ini.

Karnival Havoc Food Festival 3.0 mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam. Turut hadir pada majlis perasmian Havoc 3.0 adalah Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas tervk akibat pandemi1k Covi1d-19 menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Eh rindu pulak nak shooting.. Ada sesapa nak tolong goreng ketiaw ka??? meh mohon meh.. hehehe..

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Je Jadi Suami, Fendy Bakry Dedah Menikah Tanpa Cinta?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*