Saiful Apek & Sabrina Selamat Bernikah? Ini Jawapan Saiful Apek

Pelakon dan pelawak Saiful Apek mencetvskan tanda tanya apabila memuat naik foto berbaju Melayu putih bersama Sabrina Ali Khan.

Malah, Saiful turut menulis kapsyen yang mencetuskan tanda tanya ramai seakan-akan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita itu.

“Syukur Alhamdulillah, selesai sudah,” tulisnya.

Mengulas lanjut mengenai foto tersebut, Saiful ketika dihubungi Gempak memberitahu akan mengumumkan mengenainya tidak lama lagi.

“Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu sekarang atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya akan beritahu nanti.

“Tiba masanya nanti, Insya-Allah,” jawabnya ringkas.

Sabrina yang pernah popular menerusi drama Gerak Khas itu turut berkongsi foto sama di Instagramnya.

“Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah. Selesai sudah,” tulisnya.

Perkongsian foto-foto terbabit dihujani dengan ucapan tahniah selain ada yang turut berspekulasi pasangan itu hanya digandingkan untuk berlakon bersama.

Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan rasmi dari Saiful dan Sabrina.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur اَلحَمْدُ لِله • selesai sudah 😎 @sabrina_ali_dad_khan

A post shared by SAIFUL APEK ®™ 🇲🇾 (@saifulapek) on

Instagram: @saifulapek, @sabrina_ali_dad_khan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Saiful Apek & Sabrina Selamat Bernikah? Ini Jawapan Saiful Apek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*