Pelajar Terk4ndas Balik Kampung, Ini Yg Dilakukan Oleh Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Terkejut

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila ramai pelajar terkandas susulan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu di semua institut pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Isu itu turut menjadi trending di Twitter apabila ramai rakyat Malaysia berganding bahu membantu pelajar yang terk4ndas dengan menawarkan bantuan tempat tinggal sementara, makanan dan tidak kurang juga wang ringgit.

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang menyuarakan hasrat untuk membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka yang terkand4s.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit meminta mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya.

Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut serta meluahkan rasa syukur kerana mempunyai seorang pendakwah yang sangat murah hatinya.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan usahanya itu dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh para pelajar yang terkandas kerana mempunyai masalah kewangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: ROTIKAYA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pelajar Terk4ndas Balik Kampung, Ini Yg Dilakukan Oleh Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*