“Hubungan Kami Serius…”- Hunny Madu Bakal Umum Kahwin Jika…

Pengacara dan penyanyi, Hunny Madu akui hubungan yang terjalin dengan kekasihnya yang berasal dari Itali,  Fedrighi Francesco kini semakin serius.

Malah, Hunny akui dia dan Francesco sudah saling berjumpa dengan keluarga masing-masing.

“Hubungan kami agak serius setakat ini tetapi jika ada apa-apa saya akan umumkannya nanti.

“Kami juga sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing, malah dia sangat rapat dengan keluarga saya.

“Kebetulan pula, dia sudah lama tidak bercuti dan keluarganya juga jauh di Itali. Jadi sebab itu kami mengajaknya bercuti sekali.

“Saya rasa tak salah pun dia ikut sekali kerana dia pun berkongsi bilik dengan adik lelaki saya di sana,” katanya.

Hunny dihubungi Astro Gempak selepas berkongsi foto mesra dengan kekasihnya ketika bercuti di Langkawi bersama keluarganya.

Pelantun lagu Helo itu mendedahkan hubungan cintanya dengan Francesco pada awal tahun ini.

Tambah Hunny, Francesco seorang penyanyang kepada anak-anaknya.

“Anak-anak saya sayangkan dia sebaba dia seorang yang penyanyang dan suka membuat lawak. Jadi mereka sudah mula rapat,” katanya lagi.

Francesco merupakan cef antarabangsa yang berasal dari Itali dan bertugas di sebuah restoran mewah ibu kota sejak 2018.

Tentang perkembangan terbaharunya, Hunny kini menjalankan pengacaraan di media sosial serta menjadi seorang jurulatih indoor cycling.

“Alhamdulilah rezeki saya apabila saya diterima untuk buat hosting live di media sosial seperti di Facebook dan Instagram untu sesebuah program.

“Selain itu saya juga seorang trainer untuk indoor cycling,” katanya lagi.

Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 36, telah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar pada 2010 dan bercerai pada Oktober 2018.

Pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Adam Musa, 3, dan Eva Medina, 7.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Hubungan Kami Serius…”- Hunny Madu Bakal Umum Kahwin Jika…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*