Baru Je Terjawab Hunny Madu Sudah Berkahwin Lain, Sekali Netizen Terkeejut Bila Tahu Siapa Sebenar Suaminya

SELEPAS menerima kec4man netizen kerana memuat naik foto bercvmbu dengan seorang jejaka ‘mat salih’, pengacara dan pelakon Hunny Madu akhirnya mendedahkan dia sudah berkahwin dengan lelaki berasal dari Itali itu.

Enggan membiarkan peminat terus berteka-teki, Hunny berkata dia dan Fedrighi Francesco selamat disatukan dalam majlis pernikahan secara tertutup pada 2 Mei lalu.

“Semua itu timbul sebab ada yang tak tahu perkara sebenar yang saya dan dia sudah berkahwin. Sebab itu saya ambil kesempatan untuk meleraikan persoalan itu.

“Kami hanya maklumkan keputusan berkahwin ini kepada keluarga terdekat dan kawan rapat saja.

“Majlis nikah itu memang begitu ringkas dan hanya disaksikan adik-beradik, ibu bapa dan dua anak saya,” katanya.

 

Saya bertuah ada dia. Dia buat saya bahagia. Semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah!

HUNNY MADU

PENGACARA / PELAKON

Pada 3 Oktober lalu, Hunny berkongsi foto percutiannya bersama keluarga dan dua anaknya iaitu Eva Medina, 8, dan Adam Musa, 3.

Bagaimanapun, salah satu foto memperlihatkan Hunny bercium dengan seorang lelaki dikatakan kekasihnya mencvri perhatian netizen.

“Percutian di Pulau Langkawi itu umpama bulan madu bersama keluarga kecil saya.

Foto percutian Hunny bersama keluarga menarik perhatian netizen.

“Saya bertuah ada dia. Dia buat saya bahagia. Semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah. InsyaAllah!,” ujarnya.

Siapa suami baru Hunny Madu?

Suami Hunny Madu yang memeluk agama Islam sejak Februari lalu sudah menetap di Malaysia sejak Januari 2018.

Menurut Hunny, suami barunya itu merupakan seorang jejaka Eropah bernama Fedrighi Francesco.

Tambah Hunny, Fedrighi berasal dari Verona, Itali dan bekerja sebagai cef di ibu kota.

Berdasarkan semakan di portal asiatatler.com, Fedrighi merupakan ketua cef di restoran terkemuka yang diusahakan oleh Modesto Marini (individu yang memiliki rangkaian restoran terkenal di ibu kota)

Difahamkan antara restoran di mana Fedrighi menjadi orang kuat Modesto adalah Marble 8 yang terletak di tingkat 56 Menara 3 Petronas.

Terdahulu, Hunny pernah berkahwin dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 dan bercrai pada Oktober 2018.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Je Terjawab Hunny Madu Sudah Berkahwin Lain, Sekali Netizen Terkeejut Bila Tahu Siapa Sebenar Suaminya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*