“Bertugas Dalam Panas Terik, Hujan Ribut,” – Jalani PKPB Di Klang, Liza Hanim Beri Bantuan Kepada Frontliners

Seperti sedia maklum, penduduk di sekitar daerah Klang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari bermula 9 Oktober lalu.

Sebagai tanda penghargaan, penyanyi Liza Hanim memberitahu telah memberi bantuan makanan berupa menu tengahari kepada petugas keselamatan yang bertugas di Taman Sri Andalas, Klang pada hari ketiga penguatkuasaan.

Maklum Liza, bantuan yang diberikan turut sertai bersama ahli keluarga serta rakan terdekat.

“Alhamdulillah… Hari ke 3 PKPB Klang Di Taman Sri Andalas, kami sekeluarga serta beberapa rakan karib dapat menyampaikan hajat untuk menyediakan hidangan tengah hari buat para anggota keselamatan yang bertugas di Check Point Taman Sri Andalas.

“Terima kasih @pdrmsia_official @angkatantentera @officialrelamalaysia yang bertugas dalam panas terik, hujan ribut yang kebetulan berlaku setiap malam sekarang di sini.

“Terima kasih rakan rakan karib dan my bro n sis @iamsyam636 @mommaita @mardianalatif #linda yang sama sama contribute untuk beri sedikit keselesaan buat anggota anggota. #kitajagakita, tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah… Hari ke 3 PKPB Klang Di Taman Sri Andalas, kami sekeluarga serta beberapa rakan karib dapat menyampaikan hajat untuk menyediakan hidangan tengah hari buat para anggota keselamatan yang bertugas di Check Point Taman Sri Andalas. Terima kasih @pdrmsia_official @angkatantentera @officialrelamalaysia yang bertugas dalam panas terik, hujan ribut yang kebetulan berlaku setiap malam sekarang di sini. Terima kasih rakan rakan karib dan my bro n sis @iamsyam636 @mommaita @mardianalatif #linda yang sama sama contribute untuk beri sedikit keselesaan buat anggota anggota. #kitajagakita #pkpbklang #pkpbklangday3

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on

Sekadar informasi, pihak kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergeraka Bersyarat (PKPB) di daerah Klang bermula 9 Oktober lalu.

Ini kerana, kes baharu wab4k C0vi1d-19 di daerah berkenaan dilaporkan semakin meningkat pada minggu lalu.

 

Foto: Instagram Liza Hanim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Bertugas Dalam Panas Terik, Hujan Ribut,” – Jalani PKPB Di Klang, Liza Hanim Beri Bantuan Kepada Frontliners"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*