“Kau Jangan Buang Masa Aku,”- Ajai Sound Misha Omar

Penyanyi, Misha Omar mendedahkan dirinya pernah melalui pengalaman dikri1t1ik dengan ‘ped4s’ oleh komposer, Ajai sewaktu berkerjasama untuk merakamkan beberapa buah lagu sebelum ini.

Menurut Misha, apa yang dilaluinya pada ketika itu boleh dikatakan lebih teruk jika ingin dibandingkan sewaktu Ajai menjadi juri di program realiti, Big Stage 2020 (BS2020).

“Saya banyak rakamkan lagu bersama Abang Ajai. Sebenarnya apa yang dikeluarkan sepanjang berlangsungnya BS2020, saya pernah kena lebih tervk dari itu.

“Banyak lagu yang saya rakamkan bersama Ajai antaranya, misalnya Pulangkan. Jujurnya, dia pernah cakap, ‘kau jangan buang masa aku Misha… kau datang, kalau aku kena tunggu kau untuk satu note ni betul, kau balik dululah’. Itu katanya pada saya.

“Kemudian saya pun macam nak berair air mata. Dalam fikiran saya ketiks itu, saya langkah kiri ke masa datang tadi?

“Akan tetapi, sepanjang tempohnya bersama peserta BS2020 rasanya dia masih berlembut,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Misha yang baru sahaja muncul dengan single terbaru Tanpa Rela turut berpesan, para peserta BS2020 kali ini harus cepat mengadaptasi dengan keadaan.

Pada masa sama, jangan terlalu lama dibuai perasaan.

Ini kerana, bagi penyanyi senior ini, perkara tersebut hanya akan memberi kesan buruk terhadap karier seseorang penyanyi.

“Antara perkara yang harus diperbaiki adalah jangan terlalu dibuai perasaan dan makan masa berhari-hari untuk kembali normal.

“Contohnya, apabila kita kecewa, kita ambil masa lama untuk pulih. Tak boleh macam tu. Jadi orang seni kita kena kalis dan kena cepat move on.

“Saya pun nak dapat formula tu lebih kurang 18 tahun juga baru faham. Bahawasanya kita tak boleh hidup terlalu lama dalam kepedihan dan juga kegembiraan.

“Nikmatilah momen ini, kerana esok ada tanggungjawab baru menanti anda. Jalankan tugas sebaiknya. Tambah segala ilmu yang diperlukan, jaga penampilan dan imej, pembawakan diri bersama media & masyarakat.

“Pada saya itu semua yang anda perlukan. Soal nyanyian anda semua dah menyanyi dengan sedap. Cuma ada beberapa hal yang anda kena betulkan,” kongsinya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kau Jangan Buang Masa Aku,”- Ajai Sound Misha Omar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*