Baru Je Anwar Keluar Dari Istana Negara, Sekali Ku Li Pula Menghadap Agong

SHAH ALAM – Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang ini.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Gua Musang itu dijangka akan menghadap jam 2 petang ini bersama beberapa Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan bersekvtu dengan beliau.

Sumber berkata, namun sama ada mereka menyatakan sokongan atau bantahan terhadap hasrat ketua pemb4ngkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri baharu tidak diketahui.

Ku Li sebelum ini adalah bekas menteri kewangan, juga merupakan Ahli Parlimen paling lama berkhidmat dan dilihat sebagai pegawai negeri yang berpengaruh dan dihormati oleh rakan dan seteru politiknya.

“Selepas Ku Li dan pemimpin parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pemimpin parti pembangkang pula akan dipanggil,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, kenderaan yang membawa Anwar tiba di pintu Istana Negara kira-kira jam 10.25 pagi dan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong jam 11 pagi.

Pada 23 September lepas, Anwar mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang kuat untuk membentuk kerajaan baru dan mengisytiharkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Mahyuddin Yassin telah jatuh dengan sokongan itu.

Beberapa hari lalu beliau mengumumkan Yang Dipertuan Agong telah bersetuju menerima beliau menghadap hari ini.

Tumpuan rakyat dan semua pihak sekali lagi terarah kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebaik beliau selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sebelum itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Anwar menghadap Agong selepas ia tertangguh sebelum ini dan tiada kaitan dengan mempersembahkan sokongan ahli parlimen.

Menurutnya, Anwar yang memohon untuk menghadap Agong.

” Tiada kena mengena dengan mempersembahkan sokongan ahli parlimen, tetapi jika beliau (Anwar) ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan,” katanya semalam.

Ini kata-kata dari pihak Anwar

Terbaru, Anwar akan mengadakan satu sidang media khas pada jam 2 petang di sebuah hotel di ibu negara susulan pasca sesi beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pagi tadi.

” Satu pengumuman penting pasca sesi mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan diadakan hari ini.

” Rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi sidang media penting ini, serta diingatkan agar sentiasa mematuhi segala SOP berkaitan Covid-19,” kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan.

Terdahulu ahli parlimen Port Dickson itu memasuki pekarangan Istana Negara 10.25 pagi.

Dia kemudian meninggalkan kawasan Istana Negara kira-kira jam 11.30 pagi dan sempat melambai ke arah media yang menunggu di pintu masuk.

Sejak bulan lalu, Anwar memohon untuk menghadap Agong selepas mendakwa mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Pemimpin pembangkang itu tidak memperincikan bilangan tepat jumlah sokongan dimilikinya atau identiti ahli parlimen yang menyokongnya, tetapi satu laman web tidak lama kemudian menyiarkan senarai 121 ahli parlimen dari semua parti yang dikatakan menyokongnya.

Semakan Malaysiakini mendapati senarai itu sudah tidak dapat diakses lagi dan pelbagai ahli parlimen yang dinamakan dalam senarai itu dilaporkan menjauhkan diri mereka daripada dakwaan berkenaan, atau secara terbuka menafikannya.

Setelah nama mereka timbul dalam senarai itu, beberapa wakil rakyat Umno – termasuk Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dan Idris Jusoh (Besut) telah membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka dalam cubaan Anwar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, semalam mengesahkan yang polis menerima enam laporan berhubung perkara itu dan Anwar telah dipanggil untuk disoal siasat.

Bagaimanapun ia ditangguhkan ke satu tarikh lain yang tidak didedahkan, kerana Anwar dilaporkan hanya ada kelapangan jam 9 pagi hari ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Sinar Harian, http://limauais.pw/2020/10/13/media-dijemput/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Je Anwar Keluar Dari Istana Negara, Sekali Ku Li Pula Menghadap Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*