Aktris cantik dari Indonesia, Raline Shah membuat pengakuan yang mengejutkan sewaktu menjadi tetamu di vlog sahabatnya, Daniel Mananta baru baru ini.
Pelakon filem Polis Evo 2 itu berbicara mengenai kehidupan peribadi yang jarang dia kongsikan selama ini.
Raline mengaku dirinya sebagai sosok yang jarang bercinta. Malah usia percintaannya pun tak kekal panjang.
“Saya tak mempunyai banyak pengalaman bercinta. Maksimum tiga tahun, paling singkat satu tahun,” kenang Raline.
Hal itu kata Raline mungkin kerana sikap yang ditunjukkannya terhadap bekas bekas kekasihnya.
Dia mengaku sebagai seorang pencinta haiwan, dirinya menjaga kekasih seperti sedang memelihara haiwan kesayangannya.
“Saya adalah seorang pencinta haiwan dan oleh sebab terbiasa mengurus haiwan peliharaan, kadang kadang saya melayan kekasih seperti my pet,” akui Raline sambil ketawa.
Daniel yang agak terkejut dengan pengakuan Raline kemudian mengulang semula apa yang diperkatakan wanita itu.
“Sekejap, maksud anda melayan kekasih seperti haiwan peliharaan?” tanyanya.
Raline pun kemudian mengatakan walaupun kekasihnya melakukan hal yang burvk, dia tetap memberi layanan yang baik buatnya.
“Misalnya kalau dia m4buk, saya bukan marah. Tapi saya menjaganya dengan begitu baik. Dan kemudian saya ditinggalkan,” cerita Raline.
Meski demikian Raline mengatakan perpisahan dengan kekasih terakhirnya sangat memberi kesan buatnya.
Hal itu kerana lelaki yang dilabelkan sebagai sangat baik dan terbuka itu akhirnya menyedarkan dirinya bahwa selama ini dia terlalu memberi perhatian terhadap pasangannya.
“Dia cakap kepada saya, ‘aku bukan haiwan peliharaanmu’,” kata Raline.
Instagram:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Raline Shah Lay4n Kekasih Macam Haiwan Peliharaan"