KUALA LUMPUR: Usai tamat zaman persekolahan, penyanyi dan pelawak, Achey, 34, ‘g1la’ menyertai pertandingan nyanyian. Pantang ada pertandingan nyanyian, pasti dirinya tidak mahu ketinggalan mencuba nasib walaupun di ceruk kampung mana sekali pun.
Namun, nasib belum menyebelahi dan mungkin nada suara belum boleh diterima, selain tiada platform yang betul, jadi hasratnya bergelar penyanyi akhirnya terkubvr begitu saja.
Bagaimanapun, siapa sangka lebih sedekad berlalu, anak muda yang bakat nyanyian tidak dipandang berjaya meletakkan nama dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiomi Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH Edisi Ke-33 (ABPBH) 33.
Diminta mengulas kejayaannya membolosi pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Popular, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah secara jujur tidak menyangka mampu sampai ke tahap itu.
Katanya, dia sendiri tidak mengetahui mengenai pencalonan berkenaan, sebaliknya diberitahu peminat.
“Saya tidak menduga menembusi pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Popular, tetapi saya tentunya mengharap dicalonkan. Bagi saya, ia satu pencapaian cukup tinggi, apatah lagi untuk menampilkan karya sendiri.
“Bagaimanapun, saya meletakkan diri sebagai penyanyi tidak profesional, hanya lagu yang boleh dijual.
“Selepas tamat persekolahan sekitar usia 18 tahun, saya gemar menyertai pertandingan nyanyian. Namun, bakat saya tidak diterima. Tidak sangka selepas bergelar pelawak, saya mempunyai platform mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian. Apa yang membuatkan saya terharu apabila peminat boleh menerima nada suara saya,” katanya kepada BH Online.
Anggota kumpulan Bocey itu berkata, dia berharap lagu nyanyiannya turut berjaya menembusi Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas pencalonan ABPBH 33.
“Sebelum ini, saya mengharapkan tuah lagu Yang Terindah, tetapi tiada rezeki. Kita lihatlah sama ada lagu lain mungkin boleh membolosi AJL akan datang,” katanya.
Selain lagu Yang Terindah dan Sakit, Achey turut memiliki dua single Anak dan terbaru, akan muncul dengan single berjudul Sembuh yang dijangkakan pada bulan depan. Sembuh juga hasil ciptaan Achey sepenuhnya.
Achey ketika rakaman lagu terbaru berjudul Sembuh ciptaan sepenuhnya. – Foto IG Achey
Tidak hanya dicalonkan menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular, nama Achey turut menembusi senarai kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.
Enggan meletakkan harapan tinggi, Achey berkata, dia sudah cukup bersyukur apabila dicalonkan. Itu bermakna kewujudannya dalam industri seni masih disedari dan dihargai.
Mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Achey Vangerz, Achey yang pernah memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada ABPBH 2014 tidak mempunyai sebarang strategi, sebaliknya menyerahkan soal kemenangan kepada takdir.
“Menang atau kalah, adat pertandingan. Saya tidak menyimpan harapan menggunung, sebaliknya menyerahkan pada rezeki.
“Menembusi pencalonan ABPBH pun satu rahmat. Saya bersyukur masih mendapat tempat di hati peminat,” katanya.
Perancangan untuk menjalankan raw4tan kesubvran in-vitro (IVF)
Berkongsi perkembangan peribadi, Achey berkata, dia dan isteri, Nur Hasanah Yahya mempunyai perancangan untuk menjalankan raw4tan kesuburan in-vitro (IVF).
Bagaimanapun, katanya, mereka terpaksa menimbangkan semula raw4an berikutan kemungkinan terbabit dalam sebuah program komedi.
“Walaupun raw4tan membabitkan isteri, tetapi saya perlu memastikan emosi isteri sentiasa stabil. Jika terlalu siibuk dengan kerja, saya bimbang tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepadanya.
“Selain itu, isteri juga perlu mendapatkan rehat mencukupi, lihatlah bagaimana Datuk Seri Siti Nurhaliza berehat cukup lama ketika mengandung anak sulungnya, Siti Aafiyah.
“Makan minum perlu dijaga. Apa yang penting, rehat dan emosi. Tambahan pula, anak kami, Nur Tiara Zinnirah, 2, sedang l4sak. Saya bimbang isteri tak mampu mengawalnya seorang diri. Jadi, saya perlu sentiasa berada di sisi isteri ketika proses raw4tan,” katanya.
Bagaimanapun, kata Achey, dia tidak men0lak sekiranya ada rezeki mengambil anak angkat lagi.
“Kami sudah bersedia mengambil anak angkat. Apa salahnya, ini kerana kehadiran Nur Tiara cukup bermakna dalam hidup kami.
“Ikutkan, isteri mahukan zuriiat sendiri, tetapi apa yang nak diharapkan jika belum ada rezeki. Kami kena reda. Jika dapat anak angkat pun kami terima. Kalau boleh, kami mahu anak lelaki pula,” katanya.
Anak kelahiran Segamat, Johor itu berkata, dia juga perlu melihat dalam kalangan adik-beradiknya yang bakal menimang cahaya mata untuk dijadikan ibu susuan.
“Kami menumpang susu kakak saya ketika mengambil Nur Tiara. Ini kerana isteri tidak berjaya menyusukan anak. Dia ada mengambil hormon untuk mengeluarkan susu, tetapi malangnya tidak berjaya.
“Isteri pula menanggung kesak1tan dan terpaksa dirujuk pada doktor,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan cek RM15,000 kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia (UPM) – Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES), baru-baru ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: BH
Be the first to comment on "Achey ‘g1la’ menyanyi, juga bimbang tidak dapat memberikan sepenuh perhatian buat isteri ketika raw4tan IVF"