Lombok: Bukan seorang tetapi dua isteri hanya dalam tempoh dua minggu.
Itu yang dilakukan seorang remaja lelaki yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional apabila menikahi dua gadis.
Lelaki berusia 18 tahun itu baru saja bernikah dengan isteri pertamanya sebelum membuat keputusan menambah satu lagi ‘cawangan’ seminggu kemudian.
Keputusan dibuat lelaki itu bukan saja mengejutkan isteri pertama, malah ibunya turut pengsan sebaik mendengar permintaan anaknya itu.
Kompas.com melaporkan isteri pertamanya baru saja tamat pengajian di Sekolah Menengah Rendah manakala isteri keduanya masih menuntut di Sekolah Menengah Atas.
Disebabkan anak dan menantunya masih di bawah umur, ayah lelaki terbabit bersetuju menjalankan pernikahan secara adat tanpa membabitkan pejabat pentadbiran agama.
Walaupun agak khuatir dengan tindakan anaknya itu, keluarga pengantin lelaki dan perempuan berharap bahtera rumah tangga mereka akan bahagia.
Sementara itu, isteri pertamanya kecewa dengan keputusan dibuat lelaki berkenaan, tetapi redha dengan takdir mereka.
“Saya sangka mereka hanyalah tetamu yang datang berkunjung tetapi sebenarnya keluarga isteri kedua.
“Saya kec3wa namun perkara ini sudah terjadi dan saya perlu berusaha untuk hidup bahagia,” katanya.
Dalam pada itu, keluarga pasangan pengantin itu juga berharap pihak sekolah tidak mengenakan sebarang tindakan kerana mereka bernikah ketika masih menuntut.
Pengajian mereka perlu diteruskan kerana ia akan digunakan untuk mendapat pekerjaan yang baik kelak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: HM
Be the first to comment on "Seorang Jejaka Menikahi 2 Gadis Dalam 2 Minggu"