Kec0h Kes RM40000 Satu Malam, Sekali Nama Chacha Maembong Yg Dipetik

Kuala Lumpur: “Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?”

Itu kata pelakon Chacha Maembong, 24, sekali gus menafikan dirinya antara artis yang terbabit dalam sind1ket pelacvran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam.

Ia susulan gos1p yang dikeluarkan semalam sehingga ada pihak yang mengaitkan nama pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail berkata, tudvhan yang dilemparkan itu adalah fitn4h yang sengaja mahu menjejaskan kerjaya seni dan perniagaan dibinanya.

“Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitn4h macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga. Semalam keluar g0sip kaitkan nama saya dalam sk4ndal RM40,000. Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen. Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja. Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perang4i saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Read wisely..

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on

Dalam masa sama, Chacha yang ditemui di lokasi penggambaran drama Bidadari Salju terbitan A Aida Productions berkata, dia juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menudvh dirinya terbabit dalam aktiviti Mac4u Sc4m.

“Beberapa hari lalu saya ada keluarkan kenyataan di Instagram mengenai perkara ini sebab terlalu banyak fitn4h yang dilemparkan. Konon saya t1pu duit orang dengan produk saya. Mereka kata produk saya datang dari wang har4m. Saya perlu menjelaskan perkara ini demi menjaga reputasi produk saya apatah lagi ia masih baru di pasaran. Lagi pula ini kerjasama saya dengan Alken dan tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti h4ram itu.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang pada komen yang melampau. Ia menjejaskan kerjaya, perniagaan dan nama ahli keluarga lain. Saya berani kerana saya tak salah. Jadi apa yang orang nak cakap, cakaplah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kec0h Kes RM40000 Satu Malam, Sekali Nama Chacha Maembong Yg Dipetik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*