Menangis urus jenaz4h pes4kit Covld-19 di Sabah, dalam bersedih tak boleh sikit pun silap langkah – “Kalau tak buat, siapa lagi nak bantu?”

SEBELUM ini, nama Abam Botak cukup terkenal dalam menyediakan khidmat van jenaz4h percuma di sekitar negeri Sabah.

Kali ini, empunya nama Yunizam Yusop itu sekali lagi menerima pujian ramai apabila turut terlibat dalam pengurusan jenaz4h Cov1d-19.

Malah, dia turut berkongsi foto-foto serta video menerusi laman Facebook sehingga ia mengundang seb4k dalam kalangan netizen.

Mesra disapa Yunizam, dia mengakui usaha murni berkenaan berjaya direalisasikan apabila pihaknya bekerjasama dengan Hopsital Dutchess of Kent yang terletak di Sandakan.

“Sewaktu awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lagi kami sudah terlibat menguruskan svspek Cov1d-19.

“Alang-alang dah tahu bagaimana prosedur operasi standard (SOP), terus langsung ke pengurusan jenaz4h pesak1t Cov1d-19.

Yunizam atau Abam Botak dikenali atas khidmat baktinya menyediakan van jenaz4h percuma di Sabah.

“Pasukan saya ada lapan orang. Setiap kali kebvmikan jenaz4h pesak1t Cov1d-19, kami akan dipantau oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya kepada mStar.

Menurut jejaka berusia 32 tahun itu, pengalaman menguruskan jenaz4h Cov1d-19 memiliki cabaran yang tersendiri.

Malah, dia turut menyifatkannya sebagai satu pengalaman baharu yang cukup menginsafkan sehingga kadang-kala turut sama mengalirkan air mata.

 

Ada juga ahli keluarga m4ngsa yang minta kami rakam video dan ambil gambar.

YUNIZAM YUSOP

“Cabaran lebih banyak berbanding jenaz4h biasa yang kami uruskan sebelum ini. Kena jaga keselamatan, tak boleh salah walau sedikit pun. Salah step kita boleh kecundang.

“Awal-awal tu memang takut. Tapi lama kelamaan dah makin OK. Kalau kami tak buat, siapa lagi nak bantu?

“Sebab waris tak boleh ikut serta. Nak iringi jenaz4h pun tak dapat. Ada juga ahli keluarga m4ngsa yang minta kami rakam video dan ambil gambar.

Pasukan Abam Botak berehat di sisi van jenazah mereka. Foto: Rafik Photography.

“Kenangan terakhir untuk mereka. Sampai saya pun menangis sebab sebak memikirkan waris yang tak dapat iringi keluarga ke kubvr,” ujarnya.

Sehingga kini, Yunizam dan pasukannya sudah menguruskan sekitar 15 jenaz4h pesak1it Cov1d-19.

Foto yang dikongsi meraih perhatian ramai di Facebok. Foto: Rafik Photography.

Dalam pada itu, dia yang mengakui risau dengan perkembangan Cov1d-19 di negara ini meminta orang ramai agar terus patuh SOP dan menjaga keselamatan masing-masing.

Malah, dia turut menzahirkan penghargaan buat semua petugas barisan hadapan negara ini yang saban hari berkorban dalam menguruskan penul4ran wab4k itu.

Kata Yunizam lagi, dia juga terbuka seandainya ada mana-mana pihak yang mahu menyalurkan sumbangan dalam usaha dia serta pasukan meneruskan khidmat percuma itu di Sabah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Menangis urus jenaz4h pes4kit Covld-19 di Sabah, dalam bersedih tak boleh sikit pun silap langkah – “Kalau tak buat, siapa lagi nak bantu?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*