Khabib Umum Bersara Selepas Kekal Kejuaraan UFC, Ini Punca Persaraan Beliau

KHABIB Nurmagomedov mengumumkan kejuUtan apabila bersara daripada sukan MMA, selepas mempertahankan kejuaraannya dengan menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje.

Memberikan ucapan susulan kemenangan pusingan kedua dalam acara utama UFC 254, Khabib mengumumkan berita persaraan tersebut secara langsung.

Pemain Rusia berusia 32 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada pasukannya tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan kembali ke UFC tanpa arwh bapanya, Abdulmanap.

Bapanya men1nggal dunia pada Julai lalu di sebuah hospital di Moscow, Rusia setelah mengalami kompl1kasi kes1hatan ak1bat Cov1d-19.

Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi pada Ahad waktu tempatan, pusingan pertama menyaksikan ketangk4san Khabib begitu sukar untuk ditandingi oleh Gaethje.

Pada pusingan kedua, Khabib berjaya membuat ‘takedown’, merebahkan lawannya itu ke kanvas Octagon.

Menurut Khabib, beliau telah berjanji dengan ibunya bahawa ia merupakan pertarungan terakhirnya.

“Hari ini saya mahu katakan adalah hari terakhir saya bertarung di UFC. tak mungkin saya ke sini tanpa ayah saya.

“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarvng) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.

“Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarvngan terakhir saya,” katanya.

Juara bertahan lightweight UFC itu mempunyai rekod dengan 29 kemenangan tanpa kalah. – Mail Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Khabib Umum Bersara Selepas Kekal Kejuaraan UFC, Ini Punca Persaraan Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*